Pages

Thursday, April 29, 2010

ke'stress'an aku

salam,

sekarang ni aku stress tahap melampau. giler2 melampau stress aku. sampai aku rase cm nak lari, jerit n nak duduk sendiri je. tak mau orang kacau aku @ ade orang dgn aku. tapi ape kan daya, aku tak dapat nak berbuat sebegitu rupa. kalau aku buat cmtu, alamaknya tak pegi kerja la aku (praktikal skrg).

aku tak stress pasal praktikal @ dgn nama lain internship ni. aku happy dgn keje2 yang aku buat. takde rase stress langsung. sikit pon tak.. sebab bile time praktikal ni, dapat pengalaman baru. kenal ramai orang, n bile praktikal ni, boleh mematangkan kita. sebab kita bergaul dgn orang yang lebih berpengalaman, jadi sedikit sebanyak boleh mematangkan kite kan.

tapi, kali ni aku stress dgn diri aku sendiri. stress sangat2.. sebabnya, 1st berat badan aku dah naik kot! sebab asyik dapat makan je bile praktikal ni. makanan lak free. cmne nak tolak. kalau beli sendiri takpe la juga. kalau beli sendiri, takdenye aku nak beli sebab boleh saving gak kan. tp ni dapat free lak. so, camne aku nak tolak?? ades. aku dah stress duk pikir pasal benda alah ni. sebabnya aku sebenarnya dah psang niat, time praktikal ni nak diet. tapi macam tak jadi je. walau cmne pon, aku nekad juga. DO IT!!! diet from now! huh

2nd problem yang buat aku stress, pasal muke aku. aku rase pelik. lepas aku buat treatment hari tu. muke aku macam makin teruk. ape kejadah dengan benda alah tu sebenarnya. cakap elok. ade perubahan. tapi makin teruk je aku tengok. tak berapa nak gebu macam dulu. (cewah)
aku tak tau la camne nak buat. kalau nak g report pon, benda tu bukan ada kat sini, tapi kat johor nun di sana.. nanti dah abis cuti baru balik sane. so camana???

3rd problem aku lak pasal broadband ni. ni 1 kes. aku naik bengang gile dgn broadband maxis ni. aku akui, memang oke. laju, pantas dan cekap even ade jugak kadang2 yang tak oke. bese lah, benda ciptaan manusia, tak seperfect ciptaan Allah kan.. aku boleh terima lagi. tapi yang aku peliknya, sampai bil, mahal dari sepatutnya. bile pegi tanye cakap aku ade bayaran tertunggak. setahu aku, aku dah bayar semua amount yang dorang suruh bayar. takde tinggal 1 pon. patu bile nak downgrade, cakap tak leh. padahal mase before beli hari tu, beria2 cakap boleh. mana 1 yang betoi ni?? korang ni cakap macam koliang. taw tak ha?? mujur aku boleh sabar lagi dgn korang punye service. very bad.uh!

ok lah. aku dah meluahkan problem aku ni. walaupon tak selesai lagi, tapi kire oke lah.huhu..mau tido. nunyte!!



Tuesday, April 27, 2010

Cabut Gigi!!

salam..

Hari ni lepas sembahyang maghrib berjemaah dg
n family aku, ktorang 1family duk bercerita la pasal zaman dulu. mase aku kecik comel.(ahaks =p) macam cite yang terkeluar. biler ingat zaman comel2 n nakal dulu, memang boleh tergelak sorang2.. tadi pon leh tergelak besar 1family biler keluar cite pasal ni, pasal mule2 nak masuk sekolah, nakal, pasal aku yang lampi, kena marah la.macam2.. and salah satu pasal cabut gigi.



aku ni amat dikenali sebagai seorang yg paling penakot dgn jarum. tak tipu aku cakap ni. aku memang penakot. aku pernah cabut gigi sekali je dekat klinik gigi. mase f3. tu pon dah memang terpaksa sebab sakit sangat. dulu mase zaman kecik2, kemana2 aku mesti dgn adik no 2 aku yg family ktorang panggil angah. jarak ktorang pon takde jauh sangat. just 2tahun je, so ktorang rapat la. pergi mana2 mesti ayah bawak 2-2. tak leh tinggal salah sorang pon. kalau tak mesti taknak pergi.heeeee

jadi satu hari, ayah bawak 2-2 pergi cabut gigi. time tu 1st t
ime pergi cabut gigi. so perasaan berani adelah sikit. walau tak banyak, ade sikit la.heee jadi aku follow la ayah n angah pergi cabut gigi. then aku kan kakak yg sulung, aku mengalah lah kat adik aku. suruh die yang cabut dulu.hahaha(padahal penakot)...



biler dentist dah masuk bilik, aku still lagi relaks, cool..(buat2 muke cool.hahaha), tapi biler dentist dah kuarkan 'senjata' beliau. aku dah takot. tapi boleh lagi kawal. aku diam je tepi ayah, tapi bile dentist dah start gunekan senjata die tu. inject adik aku, aku dah menangis2. siap meraung2. padahal yang kena cucuk tu, angah. aku lak yang melalak lebeh.hahaha..

disebabkan perangai aku yang tersangat buruk tu, menyebabkan kemarahan ayah aku meletus. dgn pantas dan kilat, ayah aku cakap. " dah2!!! balik je la kalau cmni." tak pasal2 kena balik, ape yang dapat. bibir angah yang bengkak sebab bius n kena marah dgn ayah aku.memang tak pasal2..tu la perangai buruk aku.

then until now, aku tak pernah cabut gigi kat klinik. kalau nak cabut pon, aku cabut sendiri. goyang2 gigi sikit, buat gerak2 ngn lidah biar jadi lembut.pastu baru aku cabut. tapi gigi aku dah lame tak sakit. syukur2..heeee


p/s: korang cmne?? ade bran pergi jmpe dentist??hahaha

Monday, April 26, 2010

L.I

salam..




L.I?? ape tu?? tu adalah latihan industri. latihan industri tu ape?? latihan industri tu praktikal..praktikal tu ape??praktikal tu sebahagian drpd pembelajaran yang perlu ambik untuk sempurnakan study..ha, panjang lebar aku explain. padahal kebanyakan dah tau benda alah ni semua.hahaha,. biar la. gedik nak gak explain.heeee


(credit to pakcik google)




***********

**********

*****

****


For first day, aku start datang kerja pukul 7.40.see, betapa bagusnya aku. pekerja yg baik kan. nanti MBKT sila ambik aku bekerja untuk akan datang.haha..bajet je minah gedik ni.haha.. so mase aku register tu, aku kena menunggu agak lama. sampai tersenguk2 aku.haha(memang kaki tido ni.kantoi). aku duduk kat bahagian pengurusan sumber manusia. tunggu punye tunggu, tetibe ade puan kat bahagian tu mintak tolong buat keje. betapa happynye aku. sebab aku dah bosan tahap gaban dah.haha. so aku pegi la tolong buat keje. keje just susun soalan yang dorang buat untuk budak yang nak temuduga. tapi yang paling tak boley blah. aku leh tetido mase tengah buat keje. betapa sengal aku ni. sampai kena kira kertas tu bape kali. mula-mula kire smpai 20, tibe2 boleh terlangkah sampai 40. aku dah confius bape dah aku kire. kena kire balik. hahaha.. bongok je aku ni. tapi 1st day sangat bosan. aku sampai give up dah dengan kerja-kerja ni. sampaikan rehat pon aku tak turun. yela, dah takde kawan. aku pon tak kenal lagi tempat tu.. makan biskut yang aku bawak je la, aku bawak sebab dah agak mesti aku takde member.. dalam kepala otak pikir nak balik je.haha

second day lak, Alhamdulillah, dah makin oke dengan environment baru. orang baru, kerja dengan bos n macam2 lagi lah. and hari ni gak aku dapat kerja baru. bukak tender. fuh, banyak sangat tender yang bukak tadi. tender untuk pembersihan zon selatan & timur Terengganu. banyak gak tender orang beli. nanti kena buat senarai sebut harga. oh lupe, aku ditempatkan kat unit pengurusan kontrak & pelaburan. walaupun unit tu bukan dalam major subjek yang aku ambik. tapi at least i got new experience wif new work. i'll take it as a new challenge. belajar benda baru pon seronok jugak kan.. tapi aku terpikir mcm mane nak buat report nanti. tapi takpe la. my supervisor can help me.. heee =) dah dapat amanat awal dari bos. maybe akan kerja sampai lewat n akan balik lambat. ouh my bos. heeee

dah lah membebel. got to go.. kena buat report pulak. ades.. bubye.. =)


p/s: ade kes dak laki kena reman pasal masukkan gambar 'bogel' awek die lam fb. giler ke ape?? nnti aku story mory..huhu

Sunday, April 25, 2010

Aku di Tag???

salam..

Tengah duk tengok belog aku nih, tibe-tibe terpandang chat box. cik ija telah menge'tag' belog ku ini. hahahahaha.. aku telah terkena.. =)

1st time belog aku di tag. so tanpa segan silu, aku pun menjoin la, syaratnya senang sahaja. meh aku nak gtaw korg..

1. bukak fb korang

2.then ambik gambar ke-8 dalam profile picture korg.

3. story mory ckit pasal gambar tu...



so aku dah join benda alah ni.. jom tengok gambar aku....


8

8

8

8

8

8

8

8

8

8


tarrraaaa!!








gambar ni diambil mase coursemate aku pegi buat lawatan kat resort. pastu orang dekat resort tu baik hati sebab kasi ktorang main bende alah ni. sume dah macam katun aku tengok.haha ye la, ade yang 1st time main bende alah ni ( termasuk aku la.haha) terkinja-kinja nak main(yela, tak pernah mainkan.haha) so aku try la main. tapi yang pastinya, bola tak kena sangat tapi yang kenanya rumput. sampai tercabut rumput kat situ. aku rase memang botak la rumput kat ctu dek kena pukulan hikmat ktorang. tai yang pasti enjoy dengan benda ni.hahaha


Friday, April 23, 2010

Malaysia is so HOT!


Salam..

Sekarang cuaca panas giler.. tak tau nak cakap camne. aku duk kat rumah ni rase mcam nak mandi je 24jam. nak duduk bawah air jew. panas beb.. aku ingatkan dekat Johor je cuaca tak oke, tapi balik hometown pon, same jugak. lagi panas.. sampaikan boleh sidai kain banyak2 kali. yela, kejap je kering. bagus macam tu, tapi kalu terlalu panas, boleh sakit pale.. and macam2 sakit leh jadi.



(credit to pakcik google)
best dapat mandi kat bawah air ni.hehe


Cuaca sekarang dah jadi makin tak oke dan tak menentu.
kejap hujan, kejap panas. pastu tibe2 lak boleh jadi ribut. hai, pelik betul sekarang ni. kalau dulu, boleh gak nak jangka2. bulan berapa yang hujan, bulan berapa musim panas. tapi sekarang tak kira bulan dah, main ikut je.. Bumi dah makin teruk.

Baru-baru ni pon musim kemarau dekat kedah. kering kontang..huhu.. macam2 jadi sekarang. puncanya, manusia sendiri yang buat macam tu. buat pembangunan tak ingat kesan jangka panjang. bina itu ini, tarah bukit, potong pokok, pastu bile cuaca tak oke, salahkan cuaca pulak. tak pikir plak yang kesannya dari ape yang kite buat sebelum ni lah.

Bak satu kata2 yang aku pernah dengar, Bumi dah Marahkan kite. sebab tu cuaca dah tak oke. sebab kite dah tak sayang bumi, jadi ini la balasannya. dekat U aku pon dah start buat program selamatkan alam sekitar ni, macam dah tak gunakan polistrin. sebab benda tu kan lambat utk hancur. jadi kat cafe dah gune tupperware utk tapau makanan. kire oke lah tu. at least ade jugak program yang jadi kan..

jadi same2 lah kite selamatkan bumi kita. dah makin teruk sekarang.(skema lak aku malam ni.hahaha)




p/s: berdebar2nya nak start praktikal ahad ni.takot!


Thursday, April 22, 2010

Pengajaran


salam

Sedang mengesyokkan diri online kat fb, tetibe terpandang 1 gambar. argh!, s**t (kata2 yang tidak elok tidak boleh ditunjukkan). gambar yang tidak senoyon & tidak senonoh.



gambar tu bukan dari salah satu list frend lam Fb aku ( friend lam list aku baik2 oke n aku kenal dorang, sebab mostly list friend aku dari member2 sklh lame n ade yang aku add), gambar tu ditag oleh salah sorang friend lam list friend kawan aku. kalau nak ditengok, list friend Fb die dah mencecah 4000 lebeh. fuyooo!! dahsat. aku memang tabik spring la.. ramai giler orang add die. aku pon ase nak gak camtu. kwang3..


(click utk tumbesaran)

aku kadang2 rase pelik gak, macam mane list f
riend die leh ramai camtu. tapi aku pk, maybe dorang lawa. aku ni ape la sangat kan. sebab tu tak ramai yang nak add aku. huahua. ayat pasrah beb. tapi aku xkesah pon. sebab ade je friend request yang aku xapprove. yela, name pelik2 n gambar pon pelik. watpe nak approve. so aku reject je la.( sory ye.hehe utk keselamatan)

Tapi, malam ni aku dapat pengajaran dan iktibar( ayat skema sikit), tak yah la nak mengejar list friend sampai beribu2, tapi nanti ade benda yang boleh mengaibkan kite. biar la list friend sikit, tapi hati senang and takde lah ade orang nak buat niat buruk kat kita.

satu lagi aku nak pesan, orang yang wat keje tak berapa nak senonoh tu, insaf2 lah wei. orang tu tak salah pape pon. tapi kau tag die dengan gambar tak senonoh. abis tercalar imej die.




Monday, April 19, 2010

Ada Apa Dengan Nama


salam...

Nama saya Ria Qistina Diana Alamanda Binti Ahmad Fauzi. panjangkan nama saya. nama ni mama n papa saya yang kasi.. tak kisah la nak panggil ape pon. sebab nama saya ade banyak. jangan jeles ye semua. haha..

*****************************************

See.. nama mak datuk, panjang gile. sampai naik semput nak sebut nama. tu baru nak sebut. belum lagi nak letak dalam i/c. sampai orang kat pejabat pendaftran naik pening camne nak letak nama lam i/c. panjang sangat nama smpaikan kat i/c nama panjang jadi cenonet je. sebabnya?? tak muat la. apa lagi. tu yang tibe2 ade nama yang tibe-tibe jadi pendek dalam i/c. sebab tak muat.haha..

Sekarang ni dah menjadi trend letak nama anak panjang2. bukan setakat panjang2 tapi susah pulak tu nak sebut. sampai berbelit2 lidah nak sebut. ye la. dalam i/c melayu
, tapi tibe2 nama plak ade slang2 mat saleh. tak ke pelik camtu. dah jadi trend dah kot sekarang ni. semua berlumba2 nak bagi name anak panjang2. contoh dalam family aku sendiri pon ade jugak. name cousin aku yang baru2 sekarang ni, nama die mengalahkan nama ayah. yela, nama ayahnya just 1 namanya. contoh cam azhar je. tapi nama anak, Nik Nur Adriana Najwa. see, punye panjang nama. then bile dah di binti kan dengan nama ayah, jadi lah Nik Nur Adriana Najwa Binti Azhar. semua nak kejar nama panjang2.( aku jeles sebenarnya, sebab nama aku cenonet je ha. ish.haha)

Yang macam tu takpe la, nama anak2 sekarang ni pulak, dah terpengaruh dengan mat saleh kot. letak nama mat saleh lak. tak semua nama, mesti ade satu lah name mat saleh tu.contoh cam Brian ke @ lain2 nama lah. maybe dengan nama anak camtu, lebih nampak moden la kot. yela, nama anak ade mat saleh punye nama, mesti la orang cakap.. sedapnya nama anak hang. tapi kalau di cari2 maksud nama tu dalam islam, ade ke?? maybe ade sesetengah nama yang ade maksudnye dalam islam. tapi ade jugak yang takde maksud langsung. hanya sedap disebut dan di dengar je.

Sekarang dah jarang sangat dengar @ tengok, emak ayah yang nak letak nama Aminah ke, Abdullah ke. yela, tak moden la nama macam tu. bak kate membe aku. Tak Amerika la kalau nama2 camtu.haha.. kita sebagai ibu bapa @ bakal ibu bapa sepatutnye letakkan nama anak dengan maksud yang terbaik. sebab ia melambangkan keperibadian seseorang itu. tapi ade plak yang cakap, nama je sedap. tapi perangai buruk. tu nak buat macam mane. die sendiri yang nak memburukkan diri die. tak selari dengan nama die. kite tak dapat nak buat ape dah kan.

so, pilihlah nama anak dengan makna yang baik2. ade lagi 1 trend, gabung nama sendiri untuk jadikan nama anak. yang tu plak camne ea?? tapi yang aku taw, kalau nak letak nama anak, kasi la nama leklok sikit. biar ade makna yang ter baek. nanti time nak akad nikah, takde la terbelit2 lidah bakal suami anak korang.hehe.. sian pulak nanti. dah la gugup nak akad nikah, pastu nak sebut name pon susah..hehe..

wassalam...


p/s: nama saya nur atiqah. nama awak?? hehehee

Saturday, April 17, 2010

sekejap saje

salam..

hari ni aku terlebih rajin plak nak update 2 entry dlam 1 hari. aku sendiri tak tau nape. maybe dengan aku update belog aku ni, aku ase jadi tenang. sebab luah perasaan kat orang xbesh, ade respon, tapi aku lagi suke tulis dalan belog. et least leh share dengan kengkawan maya aku ni.

semalam baru dapat berita pasal penyanyi Achik Spin yang meninggal dunia. sungguh tak disangka.keadaan terjadi lam masa yang sekejap je, kite tengah lagi bersedih dengan berita pemergian arwah Din Beramboi. sekarang pulak dengan berita yang terbaru ni. dan dari sumber yang sahih, arwah achik spin meninggal disebabkan oleh jantung terkoyak. kuasa Allah.. Dia boleh bile2 mase je nak tarik nyawa seseorang tu. walau dalam keadaan yang macam mane pon. tengah tido, sembahyang, makan. kita sendiri tak boleh jangka. dan lagi satu aku ade terbace satu komen hamba Allah ni dekat satu website. tapi aku taknak la sebut website ape. nanti tak pasal2 belog aku kena hentam nanti.huhu. komen die lebey kurang macamni lah..

'masa mude ni la nak enjoy2, nak merasa semua. enjoy la puas2. bile dah tua, baru la bertaubat. insaf.'

ya Allah, betapa ceteknye pemikiran agama orang itu.aku ni pon bukan la seorang yang alim atau ape, tapi sebelum nak bagi statement tu, cube pikir dan renung2. jangan nak lepas ikut sedap mulut je.Allah nak tarik nyawa seseorang bukan ikut umur, tak kira kite ni tua ke muda ke, budak2 ke @ baby dalam perut mak pon boleh meninggal. tanpa kita sangka kan. n sebab musabab kite meninggal pon kita tak dapat jangka. ade yang meninggal disebabkan tercekik biskut,terhempap tv la. benda yang kita pikir sangat tak logik, tapi itu yang berlaku.huhu

aku sudah pening dengan perangai manusia yang macam2.aku dah penat nak bersemuka dengan orang yang perangai pelik2 ni. dunia dunia..huhu

wassalam...




p/s: rambut aku serabut same dengan otak aku sekarang ni. AlFatihah untuk arwah Achik Spin

Saya Rindu Awak


salam..


saya rindu awak?? sape awak tu?? awak ke?? ke awak?? ke awak yang duk bace belog ni?? ke awak yang rindu saya??hahaha


(credit to pakcik google)

sebenarnya entry ni takde kaitan pon dengan tajuk atas tu. aku saje je buat tajuk entry camtu sebab kawan aku cabar aku buat tajuk entry cmtu. so aku sahut cabaran dia sebab die cakap kalau aku buat tajuk entry camtu, die nak belanja aku.haha. so aku nak paw die cukup2 nanti. padan muke die. ingat aku takot nak wat entry tajuk 'saya rindu dia'.haha



so aku dah sahut cabaran die wat entry tajuk tu, sekarang menunggu mase untuk di belanja. tak sabar nak balik terengganu nih. siap sedia ye En. Joe jin.. belanja la diri ku ini.. jangan berkira.hahaha


p/s: karut marut dah entry aku ni.. biar la.. peduli hape aku..ngeh3

Friday, April 16, 2010


(credit to pakcik google)

paku dulang,
paku serpih.
kate orang,
dia yang lebih.

mulut tempayan

talam dua muka



pepatah melayu ni biasanya kena pada orang yang agak2 nak mengata kat orang, tapi sebenarnya die buat lagi terok dari orang. dan die sendiri tak sedar salah die, then sebok2 nak menegur orang. walhal nak dikatekan salah tu bukan sebesar mane pon nak dbandingkan salah die. then orang mcm ni pulak, akan sedaya upaya menyorok keburukan die depan orang dengan menunjukkan muke naif, dengan memakai topeng suci dan bisu. macam tak bersalah langsung, tapi di belakang orang, mengutuk mengata bagai nak rak. dah buang topeng suci dan bisu dengan menunjukkan rupe sebenar yang sebenarnya dah berkarat sebab dalam hati selalu ade perasaan tak puas hati dengan orang.

sebenarnya, kite kalau nak orang layan kite dengan baik, kite pon kena la buat baik dengan orang, jangan tau hanya nak buat muke ketat. nanti takde orang suke dengan kita. cuba lah berubah perangai jadi orang yang matang. umur dah meningkat. depan orang buat kontrol cun. baek punye sampaikan orang tak sangka sebenarnya perangai kite ni buruk. bawak2 berubah la.. tak lama dah nak masuk alam dewasa, cube berubah jadi seorang yang berfikiran matang n tau rase hormat kat orang. kalau teruskan lagi perangai camni, jangan sampai 1 hari nanti, duk mengadu2 yang takde orang suke kat kite. dah perangai tak elok, mane orang nak suke.

oh, sebelum terlupe.. kalau nak buat berbaik dekat orang, jangan pernah rasa menyesal. sebab nampak sangat diri tu tak ikhlas nak bantu orang. kang tak pasal2 dari dapat pahala, terus tak dapat ape2. eh, tak baek. saya bukan sape2 pon nak judge orang tu macam tu mcam ni. kita hanya manusia yang lemah yang tak pernah lari dari buat silap n salah. dan dengan masa yang ada ni, sama2 la kita ubah diri kita. jangan ingat diri kita sempurna je.

oh, sudah la.. dah panjang lak merpek merapu ni. kang panjang2, nanti ade orang tak suke kite. pastu buat muke ketat. jap2.. lupe satu lagi. kalau pinjam barang orang tu, ringankan lah mulut untuk tersenyum n ucap terima kasih. kite nak guna barang orang kan, takkan nak buat muke ketat kot.

wassalam

p/s: senyum la selalu.. nanti takde la muke ketat je memanjang.


semua nak

orang ade rumah besar, aku pon nak

orang ade kereta besar, aku nak jugak

orang ade bini besar, ish, aku taknak.(sebab aku pempuan.haha)

orang ade camera dslr, aku memang nak!!

orang nak berjaya, of cos aku nak..

orang nak tlong mak ayah, aku nak la..

orang dapat dean list, aku mesti nak. insyaAllah..

orang nak suami yang baik n beriman, aku mesti la nak jugak..

orang nak dapat anak comei2(mcm pelakon korea), aku nak ler...haha

orang nak jadi yang beriman, aku nak la...

orang jadi orang yang baik2, aku pon nak jadi baik..

orang nak tolong orang lam kesusahan, aku mesti tolong...




tapi macam mane nak dapat n nak buat sume tu???




itu yang kite kena pikir.

itu yang kite kena usaha...

itu yang kite kena selalu berdoa...


usaha, doa & tawakal


itu semua akan tercapai kalau kita pndai mencorak hidup kita..

samaada warna warni @ hitam legam @ tompok2 taik unta...

yang itu semua ada dalam diri kita sendiri...


p/s: same2 la kite mencorak hidup kite menjadi colourful.. i like colourful.. =)

Thursday, April 15, 2010

contest specticular specky

salam..

kali ni tibe2 terasa nak join contest yang dibuat oleh blogger. kenapa nak join?? saje je gedik-gedik.haha.. takde lah, saje nak mengactivekan belog aku yang cikai-cikai ni. so dengan sepantas kilat. aku pun memenuhi segala syarat2 contest ini yang di anjurkan oleh cik pro. sebenarnya aku tengok contest ni dalam salah blog kegemaran aku iaitu en.arc..hehe.. so aku join same ye..




so aku mempetaruhkan gambar ni. baru je lagi gmbr ni.. masih suam2 kuku lagi.. gambar ni mase aku g melaka n g salah satu tempat tu nama Jonker Walk..

oke lah, aku dah join contest ni. sape2 berminat sila klik pada banner aku kat tepi tu. @ kat link yang aku letak kat atas tu..

babai...

seronok


salam,

tengah duk kusyuk2 study, aku pon saje gedik-gedik pegi tengok fb.. tengok list sape yang online.. mane tau 'admire' aku ade online..hahaha karut marut je pempuan ni..

duk tengok list fb tu, tertengok list membe sekolah rendah n menengah aku. terasa lak nak tengok kan. saje la tekan kawan aku punye fb. Asma Hanisah. kawan dari sekolah rendah sesama, sekolah menengah sesama, tuisyen sesama.. sekarang die futher study kat mesir. tak silap aku die ambik medik. kalau tak silap la kan.. ape yang aku tau, ayah die sorang doktor.. kalau tak silap jugak.. aura ayah ade pada anak kan...tapi ayah aku cikgu, aku takde pun jadi cikgu.hehehe.. mane tau satu hari nanti aku jadi pensyarah ke.. insyaAllah...

then aku tengok la gambar die, wah... sudah bertunang.. tidak ku sangka.. rupenye terlalu ramai kawan2 aku yang dah kawen, dah tunang.. dan aku mengira-ngira umur aku.. tolak, campo bahagi darab.. dah umur 22tahun.. n next year become 23years old..hoho.. sudah tua rupenye aku nih. then aku sekarang terasa sangat jeles la pulak. bile kengkawan semua dah ade life sendiri. aku pulak masih terkapai2 mencari hala tuju hidup lagi..

tapi takpe, kite kayuh idup ni perlahan-lahan. mane tau cara kita kayuh tak sama dengan orang lain. sebab nasib manusia ni tak sama. ade yang berjaya lam idup dengan cepat, ade yang kena usaha dari bawah baru berjaya. yang pastinya, kita kena ade usaha untuk corakkan hidup kita. sama ada nak yang terbaik @ tak. kalau nak yang terbaik, usaha la dengan baik. walaupon dari bawah, tapi kite ade rase nak corak sendiri hidup.

Wednesday, April 14, 2010

senyum lah...



salam...


(credit to pakcik google)


Eh awak, masamnye muke.. cube senyum ckit. eh, nape tengok orang lain pulak awak. ha, awak la. ha, kan elok senyum, tak susah pun kan nak senyum. bukan kena guna tenaga yang banyak pun kalau nak senyum. gune otot-otot muke je.. bak kate orang, senyum tu kan senaman muke. jadi tak yah la nak buat muke bile pandang orang. senyum sikit pun jadi la..

walaupun rupe kamu tersangat la cantik @ dengan kata lain, ade rupa la.. tapi bila tak senyum, da nampak lain. nak tau nampak macam mane?? dah nampak rupe burok bebenor.. kesian plak kan, rupe lawa2, tapi bile da masam, berubah rupa lak.kalau senyum ni, tak kena bayar pon. satu sen pon tak kena. kalau kena bayar, aku pon tak nak senyum lah kalau macam tu. yela, kalau sekali senyum, kena bayar 1inggit. jumpe orang 10 org, da kena 10inggit. abis duet makan aku sehari.haha.. tak ikhlas betol. (✿◠‿◠) sebut pasal ikhlas, ni nak cakap 1, senyum tu pun kena la ikhlas, jangan la di paksa2, sebab nanti akan nampak kalau senyum tu tak ikhlas..


(credit to pakcik google)
(pakcik ni pon senyum je ha, kan comel pakcik ni senyum.. senyum semua...o(o)o )

Selisih dengan orang, senyum. terjumpa dengan orang senyum. tapi jangan la jalan sorg2, tersenyum tersengih sorang2 pulak, kang orang cakap hang xbetoi lak. xpasai2 kena hantar p hospital Tanjung Rambutan tu ha.hahaha lagi pun, dengan senyum kite ni lah orang akan nilai kita ni jenis orang yang mcam mane. sombong ke, baik ke, peramah ke, berlagak ke atau macam2 la..

jadi, moralnya.. hang senyum2 la selalu bile jumpa orang. tanam dalam diri sikap untuk sentiasa tersenyum. jadi takde la orang rase menyampah dengan kita @ sebabkan orang lain akan pikir bukan2. walaupun tak nak senyum sampai ke telinga pun, tapi sedikit senyuman pun jadi la.. SENYUM ITU SEDEKAH

p/s: aku duk senyum2 depan laptop baca lawak dalam PERSATUAN SALAH CAKAP, orang akan cakap gile tak??

(credit to pakcik google)

Saturday, April 10, 2010

11 April

salam...

11 april, hari lahir Emak yang ke 43tahun..


Emak adalah mak yang terbaek dalam dunia ni,

Emak tak pernah kenal erti penat lelah untuk besarkan kami adik beradik..

Emak tabah hadapi segala dugaan yang datang sampai kadang-kadang mak menangis sorang2

Emak tak pernah pandang rendah pada usaha anak-anak mak....

Emak sanggup bangun pagi, teman kami adik beradik nak study pagi2 kalau ade exam walaupun badan mak penat.

Emak cube sedaya upaya tunaikan segala permintaan anak-anak mak
walaupun emak tau benda tu susah untuk dapat..

Emak selalu sudi dengar cerita kami walaupun sebenarnya mak penat dengan kerja..

Emak buat macam-macam kerja sebab nak bantu ayah untuk bagi belanja untuk kami..

Emak selalu sabar dengan perangai kami, walaupun kami ni banyak kerenah..

Emak selalu simpan rahsia kami dari pengetahuan ayah walaupun tu salah kami, sebab mak tak nak anak-anak mak kena pukul dengan ayah...

Emak layan kami macam kawan sampai kami tak segan nak kongsi semua cerita dgn mak..

Macam-macam Emak buat sehingga tak terbalas segala jasa mak..

Hanya yang kami mampu, bahagiakan hati mak dengan kejayaan kami..

Maafkan kami atas segala salah silap kami...

Kami sayang Emak...

SELAMAT HARI LAHIR EMAK

ZALINA MUSTAFA


Thursday, April 8, 2010

War is Beginning!!

salam..

Nak update Belog, tapi takde mase.. sebabnya?? aku pegi lenggang2 mak minah kat melaka n now time study week.. banyak sebenarnya cite yang aku nak story mory kat korang sume.. tapi nanti la ye.. bile aku da betol2 free, and rase asyik nak menaip2 ni, aku share2 la cite2 aku ni.. tapi takde la besh sangat pon cite2 aku, cume ' ske hati aku la nak cite pon, lu pehal!! hahaha.. gilos pempuan ini..

.**************************************.

sekarang da masuk 2nd week for study week, semua da sebok2 menyetadikan diri masing2.. aku pon same la.. walaupon takde la focus, tapi aku study la jugak..hoho

esok dah start 1st paper exam.. aku takot!! taknak perkara sem lepas terjadi lagi. sampai aku down giler2 di sebabkan 1 paper tu.. dah2, lupekan sem lepas.. sem ni kite buat yang terbaik..

.**************************************.

so, kepada kawan2 aku.. especially 3SGT UTM skudai.. aku doakan yang terbaik untuk kite sem ni.. tahun depan dah masuk final year.. tahun terakhir untuk kite bersama( ayat sedey (_) )


DO THE BEST!! ur attempt is must, ur pray is also needed





Ya ALLAH...
Terima lah Amalan kami,
Perkenankan Doa2 kami,
Bukakanlah pintu kebaikan untuk kami,
Sepertimana Engkau berikan kepada para Anbiya & Auliyamu
Dan hamba2 Mu yang soleh

lepas ni aku nak perang lagi.. tapi perang dengan apa, nanti aku story.. (◡‿◡✿)