Pages

Wednesday, March 31, 2010

Menu Tengahari


salam...

Tengah syok2 study, mood study dia dah mai kat aku ni, so aku ape lagi.. study la dgn mengiller.. (takde la menggile sangat, sempat lagi layana FB. bile nak fokus oi wahai cik awek ni.. ish3) tengah duk syok study, tetibe, kriiuukk.. kriiuuukkk.. kroookkkkk.. ades, perut aku da berbunyi da..alahai, cian cik perut ni.. semalam tak isi, so siang ni la die duk bunyi2.. sabar ea cik perut, jap g kite isi kamu ye...

aku pon dengan tangkas, dan pantas dan cepat( nak tunjukkan betapa cepatnye aku =p) tekan hilter, nak masak air panas.. aku duk pikir2 la, nak makan ape.. antara maggi, sup campbells @ bubur nasi.. lam pikiran aku nak mkn bubur nasi, tapi tangan aku amek sup campbells.. pelik tol pempuan ni..hahaha... then aku pon campo la instant soup tu dengan air.. dang dung dang dung, siap la.. suap lam mulut, eeeeuuuuu.. tak sedap.. tak besh langsung..eeee.. menyesal!! menyesal!! menyesal aku beli sup campbells tu.. tak sodap..tak kena dengan selera aku nok.. dengan tangkas, pegi dekat tong sampah, buang.. debush.. masuk lam tong sampah.. membazir, tapi aku dah takleh makan.. nak orang, ish, xkan nak bagi orang sisa kita.. tak baek..

aku pon pikir balek, nak makan ape la ni... so ape lagi, yang tinggal just maggi n bubur nasi.. maggi da taknak, nak dekat exam, bahaya..hahaa (ye'ye je kau pempuan.. last2 makan gak nanti..) jadi, aku masak la bubur nasi.. masak punye masak.. ktang ktung..kteng.. siap!!



tara!!!




agak2 nampak sedap tak bubur nasi aku wat ni??haha.. masuk lif tekan sndri lak aku ni ( tapi memang masuk lif tekan sndri, kalau takde orang la.. haha) melalut ko pempuan...

aku makan dengan kenyangnye, plus lak dengan hujan turun renyai, angin sempoi2 bahasa melayu dan now rase 'mengantuk'. what?? mengantuk?? no..no..no.. jangan tido cik ieka.. banyak tak stdy lagi, dah2..aku nak solat.. dah masuk waktu.. babai.. wassalam...

p/s: ape menu tengahari korg hari ni??

Dalam Proses

salam...

sekarang dah start study week.. tapi aku tengok diri aku ni, takde la macam study week pon, macam tido week je.. aku tido je memanjang, then online.. ape punye pempuan la kamu ni..tapi yang pastinya bile aku start study, aku mula jadi ngantuk..hahaha.. asyik menguap je, then baring.. pastu mula la mata ni da macam amoi cina mane tah, last2 aku tido.... memang perangai buruk.. tapi aku berazam, minggu ni kena jugak study, sebab next week aku nak lenggang2 mak minah dekat melaka. dengan bestfren aku cik Nadrah Razali a.k.a nudzzy..

aku dah start baca 2 case study.. ade tinggal 3 lagi case study yang kena baca. tapi mak aih, nak paham 1 kes tu, amat lah susah.. aku ni dah la bukan bijak pandai bI pon.. setakat sikit2 tu boleh la.. nk2 pulak bahasa Law ni, aku lemah sikit.. merangkak aku macam2 kura2 yang jalan perlahan2.. tapi takpe la, even aku tak menjadi selaju arnab, sekurang2nya aku merangkak perlahan seumpama kura2 and at last, akhirnya berjaya.. insyaAllah.. Amin..

***************************************

semalam ade kawan aku col.. then time tu aku tengah dengar lagu nasyid. (chewwaahh, bajet baek lak pempuan ni.hahahahhaa ). pastu kawan aku boleh lak cakap yang aku sekarang ni dah macam berubah. aku jadi kaget ( ayat skema abis =p) BERUBAH?? apa maksud berubah tu.. aku tanye la kawan aku tu, ape maksud die yang aku berubah?? then dia cakap aku sekarang banyak baca buku agama, selalu dengar lagu nasyid.. die suruh aku bagi reason kenapa aku jadi camtu.. aku cakap la kat die yang before ni pon aku ade je dengar lagu nasyid n baca buku agama. oke jew.. aku rase biasa je.. tapi maybe die baru lagi kenal aku n tak tau aku sepenuhnye, sebab tu kot die asyik tanye... tapi yang pasti aku tak tau ape nak bg reason. tergagap jugak la aku nak cakap. (macm buat salah plak.hahahaa )

aku sebenarnya takde la reason ape2 pon.. tapi aku sendiri tak tau kenapa.. yela kan, bak kate orang kan.. kite sendiri takkan sedar perubahan pada diri kite.. orang sekeliling kita yang akan sedar segala perubahan kita tu. jadi setiap teguran tu kite kena terima.. n pikir sebab2 musabab die.. erm, yela, aku ni bukan la orang yg baik @ alim. just manusia biasa yang tak lari dari wat silap.. tapi sekarang ni aku rase aku belom lagi dapat bahagia kan mak aku. kalau korg nak tau, aku ni mase kecik2 comel dolu( perasaan ) agak nakal la, tak dengar cakap.. if sekarang aku tak berubah, bile lagi aku nak berubah..mksud berubah ni dari banyak persepsi, mental, fizikal and macam2..

so, start dari sekarang la aku kena berubah.. sebab kata orang berubah secara drastik tu bukan yg terbaek.. sebaeknye secara perlahan2 dan perkara tu kekal smpai bile2..

***************************************

aku dah tak tau nak buat ending mcmane.. aku rase kali ni nak biarkan tergantung.. mood nak menaip da takde. terganggu kebisingan orang buat keje ape tah.. nak pegi beli aiskrim.. wassalam..

p/s: berubah kearah kebaikan..

Saturday, March 27, 2010

Takde Tajuk

salam...

aku sudah bosan.. serius tahap gaban.. aku sangat2 bosan.. padahal baru je weekend.. 2hari aku duk sorang.. bosan yang amat( betapa aku nak gtau yang bosan huhu) rase menyesal sgt2 sebab tak balik rumah... aku bukan taknak balik, tapi tiket mahal lorh.. tak mampu la aku nak balik byk2 kali.. lain la kalau aku ni ank jutawan.. just call my dad... Ayah, along nak balik..then aku terus balik..hehehe.. aku takde la camtu.. cian kat mak ayah aku.. dorang bukan ade duet sgt kalau aku balik sllu..huhu....

now skrang aku sangat2 lapar.. ni lah perangai buruk aku.. bile dah duduk sensorg, aku mmg malas nak turun.. biar perut lap bagai nak gile pon, aku maintain je lagi.. cian perut aku, da nangis2 suruh isi.. tapi apekan daya, perangai buruk aku telah mengatasi segala2 nye..hahaha.. takpe2.. aku still isi lagi perut aku dengan biskut2 yang ade dekat bilik nih.,.aku perabih dulu stok2 yang ade.. nanti aku renew la stok yg ade ni..

bile duduk sensorg, mule la aku melalut.. nak makan sedap2.. padahal xtercapai pon ape yg aku nak tu..hahah.. saje je gedik imagine lebey2 mknn yang sedap2.. then mule la telan air luar duk terkenang mknn tu..hahaha.. takpe la.. sabar jew la.. tak lame da duh sensorg.. nanti aku nak g melaka.. tak sabar gler!! hoho.. pdhal exam da nak dekat, still lg nak lenggang2 mak minah lg..hahaha

udah2 la.. aku nak p solat zohor dlu..wassalam..

Bertunang Dengan

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

..........................
.............

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

p/s: sekadar perkongsian, moga ada ibrah yang dapat dikutip bersama

copy from facebook nur amalina..

Akhirnya


salam...

sekejap je masa berlalu.. dah sampai hujung sem.. dan bermakna aku akan praktikal!! n menempuh tahun akhir pada sem depan.. tidak ku sangka.. sekejap sangat masa berlalu.. rasa macam baru jew dftar 1st year.. baru nak maen2 dengan kawan2.. dan tibe2 plak rasa perasaan sedey.. bile mane tahun depan tahun akhir aku dengan kengkwan aku..wuuuu... sedey semacam je rase..(hahah gedik ) ish, pempuan ni.. lebey2 lak nak sedey.. padahal ade 1thun lagi kt cni.. takyah nak wat lagu tu la.. buruk bebenor.. :)))

***********************************

actually, minggu ni dah masuk stdy week.. tapi bagi aku, ni bukan study week.. tp heaven week.. haha.. duk bersuka ria, online memanjang, tido( sebab qada' 2week aku xtido dengan selamat..hahaha).. mula la nanti time exam mengelabah macam kucing mati anak.. tak cukup tido la, ape2 lah.. sebab study la konon..hahaha... tapi aku harap, sem ni dapat la capai target aku.. InsyaAllah.. Usaha Tangga Kejayaan... Amin..

minggu lepas adalah minggu yg tersangat2 bizy.. sampaikan aku tak sempat nak bertapa lame2 atas katil kesygan aku tuh + bantal busyuk aku yg wangi itu..hahaha masa habis dgan menyetelkan sume assgment, report n macam2.. pastu dgan presentation yg ade smpai pukul 8mlm.. dahsat sangat sem ini!! aku dah terbayang, mcm mane keadaan sem depan aka final year yg bizy bagai nak giler.. dengan nk kena siapkan PSM.. aku dah terasa bahang2nya.. walaweh.. sgt menakotkan..

even presentation sem ni pon dah ade aura prenttion PSM, aku dah menjadi sedikit gerun.. aku rase lect dah terkena badi PSM, yela.. baru lepas abis VIVA.. so, badi VIVA tu ada lagi dlam diri lect2 aku tu.. smpai ktorang yang wat presenttion ni kena tembak umpama senapang yang penuh dengan peluru tanpa henti.. ktorang tak boleh nak menjawab.. tersangat2 pedih... budak cos aku pon sampai dah naik pening, ade yg merungut n macam2 la.. smpai ade yg mengutuk lect..

cuba pikir secara mendalam.. ada reason tak ssorang lect buat mcam tu?? lect tugas die ajar kita, dorang pegganti sorg guru..so, walau cmne pon lect mrah or ape2, tu sume tnjuk ajar.. VIVA nnti lagi terok kite kena... bukan VIVA je, time keje pon same.. jadi sepatotnye ambik ni sbgai pengajaran, jgn lah duk mengutuk lect kite.. dorang umpama EMAK AYAH kita dekat Uni.. hilang berkat kalau kite buat macam tu..

***********************************

aku malas nak cakap byk n panjang, yela, perangai manusia ni kan macam.. tak dapat duga, depan bermuka manis, tapi hati sebenarnya takde siape yang tau.. bak kate kawan sy, jangan menggunakan topeng muke manis, snyum untuk menutup keadaan hati sebenar..

p/s: gudluck to all my fren..

Tuesday, March 23, 2010

Perangai Manusia 1

salam...

relax betul aku malam ni.. sikit pon xsentuh pasal asgment.. duk sibuk online je keje memanjang..ape nak jadi la dengan kamu ni ieka weh... udah2 ler tu duk online.. eh silap, online boleh.. tapi untuk cari maklumat asgment...hehe.. tapi jap je.. kite update belog kesygan nih dulu.. sian die.. da lame tuan die wat dunno je kat die..merajuk kang nanti, susah lak nk pujuk.. wakakaka

**************************

zaman skrang ni, macam2 perangai manusia yg xbrpa nak logik yg kite dgr.. ade gak yg ade sllu kite dgr n perasan, tapi yang pasti macam2 perangai n karenah manusia yang susah kite nak jangka. ade pulak manusia sekarang ni wat hukum sendiri,. tak tau la kan kalau ade dlam buku2 agama @ buku2 lain yang kata @ tunjukkan seseorang awek ni boleh nak seksi2 @ ketat depan balak die. adakah die tidak tau bahawa kalau die pkai seksi @ ketat depan balak die, mata2 lelaki laen xtengok? yela, aku pon bukan la seorang yang warak @ alim kan.. tapi aku jadi pelik. setahu aku, kite just boleh nk seksi2 depan suami kite je.yang sah..

jadi IDEOLOGI manakah orang itu blaja @ dengar? aku pon ade dengar pendapat hamba Allah ni, if kite mmg dah jodoh kite ngn seseorang, kite leh xttup aurat kite depan seseorang tu? betul ke??? aku jadi musykil dan pelik. aku terpk2 adakah kenyataan tu benar @ salah?? tolong sape2 yang berpengetahuan, bgtau aku pasal hal ni.. sekurang2nya aku dapat tambah ilmu aku n sape2 yang baca belog aku ni.

tapi menurut ape yang aku blaja, kite kena jaga smpai kita kawen. lepas akad, baru itu semua menghalalkan segala2nya.. tapi manusia sekarang, lebey banyak yang menghalalkan ape yang haram n mengharamkan ape yang halal. aduhai, manusia akhir zaman..

p/s: sama2 la kite renung2kan.. aku xtujukan sape2.. just pendapat aku sendiri sahaja... wassalam..

Kenangan Lampau


salam...

terasa rajin lak nak update blog lately ni. aku ade banyak idea nak update blog ksygan nih, tapi disebabkan aku bizy, jadi terbantut la niat aku nih.huhu.. nasib badan la kan.. da name student U, camni la jadinya.. bizy.. bizy.. n bizy...huhu... sebenarnya lam kepala hotak aku ni nak update psl lain, tapi tertaip benda lain lak.. merepek ape tah akuh ni..hahaha... takpe la, aku nak taip gak psl ni.. peduli hape aku...( gilos!! ✖‿✖)

******************* *******************


aku tibe-tibe teringat pasal zaman sekolah rendah dolu-dolu.. alahai, rindunya nak jadi budak2 mcm dlu..besnye.. main kejar-kejar, menari-nari, makan reramai, xkire laki ke pmpuan, main lompat getah la, stdy sesama mase tecik2 dlu.. konon stdy la kan.. pdhal bukan stdy sgt pn.. main je banyak..hahaha.. then sekarang ni, kemudahan tenet ade iaitu FACEBOOK, ramai giler memember lame yang jumpe.. dalam reramai yang aku jumpe tu, adalah bezfren aku mase sklh rendah..hoho... beshnye kalau dapat jumpe balik. tapi sekarang ni masing-masing bizy and study jejauh.. so tersangat2 susah nak jmpe...


tapi ktorg ade satu rahsia.. antara geng2 ktorg jew ni.. hari ni aku bakal membocorkan rahsia geng2 aku..hahaha... pdhal bukan rahsia sangat pon.. tapi ktorang ade la pakat, konon2nye nanti bile da umur 22tahun, ktorang nak pakat jumpe balik. kire wat reunion reramai la.. tapi antara geng2 ktorang jew la.. tapi yang menjadi masalahnya sekarang, tak dapat jumpe lagi geng aku yang sorang lagi nih.. lost contact terus.. mane la kamu wahai hidayah... datang la keajaiban.. mane taw kamu ade instinct yang ktorang memerlukan kamu saat ini..hahhaa... sengal je aku...


yang pastinya tyme sklah rendah, adalah tyme terbaek pnye.. besh sgt.. tak payah nak pikir masalah or wateva.. just main.. main n main.. tapi tyme exam aku menyampah ckit.. yela, aku ni kan lombab ckit ha.. tu yang study setakat UTM skudai je ha.. poyo jew..haha.. tapi aku bersyukur la, at least dapat gak aku sambung blaja, daripada duk mengabiskan beras kat rumah aku tuh..hehehe.. dah2 la.. melalut ape tah aku ni.. bende lain lak aku merepek...

******************* *******************
eh, lupe plak.. ni saje aku nak promote gambar member sklh rendah aku.. sory ye kengkawan.. aku telah mengkidnap korang punye gambar.. arap nanti kite dapat jumpe.. banyak bende nak story mory nih..MISS U ALL!! mmmuuaahh!!(gedix..(✿◠‿◠)

Friday, March 19, 2010

Lumrah Hidup

lately hidup aku terlalu bizi dengan tugas-tugas sebagai student nih. duk menyiapkan semua asgment yg menggunung mcm gunung everest tu. tp Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya jugak setelkan walaupun dalam keadaan mcm kura-kura(lembab tapi bijak.ekekeke). tapi at least, tade la keje yang bertangguh2, cume lmbat disiapkan disebabkan kekangan masa( ayt skema kali nih). banyak sgt program yang menyelit2 menyebok lam masa nih. tapi mmg lumrah hidup dekat U nih, program always ade, dan memanggil2 suruh join. klau tak join lak, mmg xmerasa lak hidup dekat Uni nih. ye la kan, tyme ni la kite nak kenal2 orang, nak cuci2 mata( hahahahah.. gelak gatal =p), nak tambah pengalaman and macam2 nak la kan..

**************** ******************

sbb orang cakap, alam Uni ni lah yang banyak mengajar kita and banyak beri pengalaman pada kita. alam kerjaya nanti lak, lain plak cabarannya. and lagi mencabar. so dari sekarang la kita nak tambah pengalaman nak hadapi hidup akan datang. lagi 1, mengikut pemahaman aku la kan, bile stdy kat mane2 tmpat la, xkire la Uni ke @ ape2, bile kite join program nih, kita dpt kenal orang, then tau camne cara nak interaksi ngn orang xkire org atasan n org biasa.. so dari pengalaman tu la kita guna tyme alam keje nanti. takde la nanti orang kata kite ni macam 'katak bawah taperware'..hahahaa kita kasi tuka ckit itu punya peribahasa.

lagi 1,bile da bz..mula la kepala otak aku jadi cam giler2 ckit.. pk bukan2 je..huhu..aku terpk, kn senang jadi budak2.. takyah susah nak buat semua nih. relaks je ha.. mkan, pkai semua mak tanggung. mintak kat mak je..MAK!!! nak itu.. MAK!!! nak ini.. kan senang... tapi tu semua tak logik. takkan ade orang yang tak besar.. kecuali orang tu sakit.. lain cite r tu kan..hehehe.. so, bak kata pepatah melayu.. PENGALAMAN MENGAJAR SEGALA-GALANYA. so, dengan pengalaman dari kecik ni lah akan ajar kita utk masa akan datang. betol tak kengkawan.. ngeh3

**************** ******************

jadi, tersimpul matinya ayt ini, maka dapat diketahui la bahawa(hahhahaa.. ayat tah pape) tu semua lumrah hidup.. setiap orang akan hadapi tu semua.. cuma cara mcm mana korang2 hadapi, tu kita tak tau.. tu semua kerja Yang Maha Kuasa kan.. jadi kita hamba a.k.a manusia yang lemah ni, hadapi lah semua tu dengan hati yang redha dan terbuka. moga hidup diberkati.amin.. (◡‿◡✿) (terceramah lak)

p/s: terima kasih kengkawan ku..