Pages

Friday, May 27, 2011

Entry Khas

Assalamualaikum

Hye!!


Entry kali ni special sikit sebabnya aku nak buat khas untuk seseorang ni. Semalam die anta chat kat aku mintak aku buatkan entry khas untuk die. Tapi die nak suruh aku puji-puji die. HAHAHA Kire sekali suruh promote die la. haha Budak tu cakap lagi, kalau aku buat entry nih, confirm traffic blog aku akan naik. Wah, belagak besau budak ni. HAHA


Budak ni aku kenal bile ntah, aku pon dah lupe. jangan marah ye..hehe tapi yang pasti budak ni baek dengan aku. Kire die jadi adik angkat aku la sebab aku anggap die ni macam adik aku. Tapi adik yang sangat suke kenakan aku, memang kaw-kaw la die kalu bab kenakan aku ni. Kalah aku dibuatnya. Tapi takpe, die baek dengan aku. tehee


Bile aku ade masalah, die lah tempat share cerite. Aku selalu share masalah dgn budak ni. Even kadang-kadang takde la selesaikan masalah aku tapi at least dapat kurangkan masalah tu sebabnya die ni suke buat lawak SENGAL die tu. Suke nak mencari pasal dengan aku. Memang ade je lah yang nak gado-gado ngn aku. Tapi aku xkesa, sebab aku happy macam tu.


Lagi satu budak ni, mulut die mak aihh memang laju bab nak kutuk-kutuk aku. Pedas siot bab kutuk aku. Tapi kutuk-kutuk die pon, aku tak kesah sebab aku tau die gurau. Die nak puji aku sebenarnya, tapi die malu and sogan. betul idak budak?? HAHA baek kau mengaku. kankan ;p


Walau die kutuk aku, suke kenakan aku, suke buat lawak bengong, tapi aku sayang die lah. hehehe Wah! ikhlas ni weh aku cakap kat kau. Kalau kau tak caye jugak, memang aku buat entry kutuk-kutuk kau pulak lepas ni. HAHA ugut nih!


Budak ni nama nya SYED NIZAM. name penuh la kot. Aku pon tak pasti. HAHA Nanti kalau budak ni ade bace entry ni, kau jangan gelak lebih-lebih plak. aku siku-siku kau nanti. HAHA


p/s: tengok traffic blog aku naik tak bile wat entry pasal kau ni. haha

Sayunya...


Assalamualaikum....

Hye...


Sayu, sedih, sebak and macam2 lagi perasaan bile tengok gambar ni. Rase macam mulianya dorang ni. Mati syahid kah dorang ni? Hanya Allah yang dapat tentukannya, moga roh-roh mereka ditempatkan dengan golongan yang dirahmati Allah.

( sejuk mata memandang tengok kesemua ni. yang paling kecik tu comel sgt) T_T

Muda-muda lagi dah sampai ajal mereka, walhal sebenarnya ajal maut semua di tangan Allah. Bila-bila masa je Dia boleh tarik semua nikmat yang kita gunakan selama ini. Kita hidup pon hanya sementara, semua harta sekarang ni hanya pinjaman semata-mata. Jika Allah nak tarik, bila-bila je Dia boleh tarik

.


Dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.30 petang semalam, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah.

Enam belas terkorban dalam tragedi itu manakala sembilan lagi yang turut terperangkap dalam runtuhan selamat. Semua mayat mangsa dihantar ke HKL untuk bedah siasat dan selesai dituntut ahli keluarga pada jam 12.05 tengah hari semalam.

[Berita Harian online; 23/5/2011]


Ya, anak-anak ni meninggal disebabkan oleh kes tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat dimana dia mengorbankan 16 nyawa. Sebenarnya boleh dikatakan banyak kejadian tanah runtuh yang berlaku kat area ctu. Kalau tak silap aku lah. Kebanyakan pembinaan dalam negara kita ni boleh dikatakan projek on the spot.


Sebabnya apa? sebab dapat projek, terus boleh start pembinaan. Takde nak buat kajian kawasan tu dulu samaada layak ke utk buat projek. Apa yang aku belajar la, sesuatu projek perlu dilakukan satu proses kajian iaitu kajian kemungkinan dimana dapat meramalkan ape yang akan berlaku jika sesuatu pembinaan itu dilakukan. Kalau tak silap aku jugak la, ape yang aku belajar dulu dengan 1 subjek EIA dimana akan disediakan satu report EIA untuk sesebuah projek.


Penilaian Kesan Alam Sekitar atau lebih dikenali sebagai “Environmental Impact Assessment” (EIA) merupakan satu kajian yang digunakan untuk mengimbangi faktor-faktor alam sekitar dengan sesuatu projek pembangunan yang baru dirancang.

So, kajian ni amat penting, sebab jika tidak keadaan macam ni akan berlaku lagi. Nak nak lagi projek yang berdekatan dengan bukit. takottt... =_="


p/s: ketelusan dari semua amat diperlukan.

Wednesday, May 25, 2011

Big Sale Airasia


Assalamualaikum

Hye guys!!

Airasia Big Sale!! Ala, airasia memang selalu buat big sale pon. Mesti ade je tiap-tiap bulan big sale tu. macam before ni ade buat tiket flight dalam Malaysia dgn harga rm duapulohlima. murah tu beb cos puas hati nak jalan-jalan. Yela, sebab mengalahkan harga tiket bas. Tiket bas pon dah harga RM empatpuloh++, dengan penat, sakit pinggang, krem bontot, krem kaki. aisshhh.. sumenye lah.. (Banyak komen plak, padahal before ni die gak yang selalu naik bas. tehee sory ye bas.. ;p)

Kali ini big sale memang big sale. Harga tiket flight dalam malaysia dengan harga RM 0.10!!! Ya, memang tak silap. hanya RM 0.10. Aku tak typo okeh, memang ini yang aku dapat email dari Airasia.


And aku pon dah booking tiket. teheee Travel period bagi sale kali ini start tahun depan. takpe, booking awal2, dapat harga murah. tehee.. aku dapat booking tiket dengan harga RM 0.10 utk one way. so 2 ways, dengan harga RM 0.20. but di campor dengan tax bagai and luggage, so total twoways sombilanbolas ringgit!! aku ulang lagi.. sombilanbolas ringgit!! MURAH gile okeh!!

Tapi flight kemana tu, nanti aku rahsiakan dulu. just wait and se nanti.tehee

So korang cepat-cepat la booking tiket flight tu, even orang cakap airasia pnye services tak berapa nak oke, tapi yang ni je aku mampu naik. With the cheap price. puas hati jugak.. :)



kenangan before ke beijing ;)

p/s: siapa yang tau aku nak pegi mane, diam-diam ea. babap kang. ;p

Friday, May 20, 2011

Berjoggingan


Assalamualaikum

Hye semua!!!


Semalam adik aku ade ajak pegi shoot sunrise pagi ni. Konon la nak jogging dgn adik-beradik aku skali. Yela, da lame tak hangout same2 sebab aku and adik yg 2nd belaja jauh ckit. So bile semua dah berkumpul ni, kluar la sekali..Aku sebenarnya malas nak pegi, sebab ngantuk and pening kepala sebab tido lambat. Tapi takpe la, join je la..

So bangun solat subuh pukul 5.30pg. pastu landing sat atas katil. duk memikior nak pegi ke tak ikut. And bile adik aku si Alang buat-buat taknak pegi plak, aish. so nak tak nak, aku kena pegi la, kalu tak mengamok angah. pukul 6.15pg turun... pegi Pantai Batu Buruk je.. sampai je, try la shoot sunrise se pam dua.. jadi ke tak, aku main bantai je. teheee

Lepas shoot sunrise, parents aku sampai and ajak ktorang breakfast nasi dagang. Layan nasi dagang sedikit sbanyak, adik-adik ajak p main kat taman plak... So bawak la dorang p main.. Ok, sekaranh jom layan gambar sunrise and gambar adik-adik aku yg macam2 perangai. teheee..


sunrise


Ada banyak lagi gambar sunrise. tapi aku upload sikit je la ea..internet slow plak time nak upload ni ha..huh


Dah lama tak main kat playground, kalu aku pergi dgn kawan aku, memang sah la orang cakap ktorang gile. HAHA so peluang yang ade ni, aku pon bantai main dgn adik-adik aku. takpe ah org cakap aku cam budak-budak pon. DIC? ;p

Meh aku nak share sikit gambar. malas dah nak taip panjang. tehee letsegooooo!!














p/s:ber"exercise" la anda untuk kesihatan. tehee


Thursday, May 19, 2011

Jangan Menyerah

Assalamualaikum

Hye semua!!

Sekarang dah terajin update blog dengan entry baru. Aku nak share dengan korang. Sekarang lagu yang aku selalu dengar and bile dengar lagu tu, dengan sendiri ter 'motivate'.


Jom layan lagu ni...

rase cam bersemangat tak bile dengar?teheee ;p

okey, babai! :)

Wednesday, May 18, 2011

Tengok Pelik jeee

Assalamualaikum...

Hye semua..

Baru balik dari tahlil rumah arwah kezen ayah aku. jumpe sedara mara yang sangat2 jarang jumpe sampaikan muke dorang ade aku tak cam, muke aku pon dorang tak cam sebab aku jarang ade kat umah. Bila dah abis study ni, so memang keje aku lah nak mengikut parents aku pegi sane sini. hee (sebabnya aku takde lesen kete lagi. Malunyah!!!)

Before aku sampai rumah arwah kezen ayah tu, ayah stop jap kat masjid, brenti solat isyak sebab dah nak masuk waktu. then bile kitorang masuk masjid kebetulan baru nak azan isyak, jadi join lah solat isyak jemaah.

Tapi yang menjadi kemusykilan aku, makcik yang ade kat situ tengok ktorang pelik kat ktorang satu family ni. sangat pelik, non stop tengok. sampai adik aku yang kecik pon tanye aku apesal dorang tengok semacam. and tanye hidung kite senget ke sampai dorang tengok pelik. Aku nak tergelak je bile adik aku tanye camtu. Tehee...

Bagi aku bukan sekali pernah jadi camtu, berkali-kali rasenye bile masuk masjid mesti org kampung kat situ tengok pelik. Memang la ktorang ni bukan asal dari kg tu, tapi tengok skali dah la makcik.. ni sampai before solat, pas solat pon still tengok semacam. (Ktorang cun sangat kot ;p)

Memang tak salah makcik tu, tapi bagi aku jangan la tengok sampai wat rase orang lain tak selesa. Itu kan rumah Allah, so sesiapa pon leh solat kat situ. and Masjid pon orang dirikan dekat tanah wakaf, takpun orang wakaf kan untuk orang gune. So jangan la kite buat macam tu. berpada-pada lah kan.. Ni sampai orang pon tak selesa, nak buat itu ini pon tak selesa.

Tapi kite sebagai pengguna masjid tu, buat la amal jariah macam derma duit ke. Ala, tak berat pon kite nak mendermakan. Asal kite ikhlas dengan apa yang kite buat, insyaAllah, Allah akan nilai perbuatan kite dengan niat kita tu. So pandai-pandai la kite ye.

Bak pepatah english, Give and take. Tapi aku terbalikkan untuk situasi masjid ni, Take & Give. Take bile kite dah gune air kat masjid, ruang solat and segala kemudahan yang ada lah, so kite pon kena lah Give dengan beri derma untuk tabung masjid. Tah betul ke tidak aku cakap ni, tapi bagi aku camtu la ha.. Kalau salah, tolong betulkan ye..Teheee..



p/s: bile g masjid ni, dapat kenal makcik-makcik. mane tau ade yang berkenan nak buat menantu. HAHAHA niat salah okeh! jangan ikut. ;p

Sunday, May 15, 2011

Doa Bercinta

Ya Allah... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah... agar aku bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku... kerana Engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin.


p/s: sama-sama kita amalkan..Doa untuk yang bercinta, siapa-siapa yang tengah bercinta atau baru nak bercinta atau tengah tunang, amal-amalkanlah doa

sumber: Tentang Cinta

Saturday, May 14, 2011

Punggai- Desaru

Assalamualaikum....

hello guys!!


Rase nak start balik aktif berblog since duk rumah dengan perasaan yang teramat boring. Nak keje, tapi malas nak mencari lagi. Takpe lah, rehat for this week (this week ke? HAHA) Duduk rumah ni buat keje rumah ler. Rutin harian dah macam mak-mak orang dah.heee Tapi takpe, practice to be a good wife n mummy. Tehee PRACTICE MAKE PERFECT :)



........................................................................................


Teringat memori dengan membe kat UTM. Rindu nak study balik even baru je habis study tak sampai 1week lagi. Sebenarnya bukan rindu nak study tapi rindu nak ber' heaven' dgn membe2. hihihi kuar jalan, lepak lam bilik, minum air teh midnight (dlam bilik ;p), muvie midnight (dlam bilik jugk) Semuanya memang kenangan lah.

Nak nak lagi bile time ade program dgn budak clas. Memori yang tak boleh lupe sangat bile buat keje same. Rase dah macam satu family, masak ramai2. Dah la, taknak membebel lama2. Jom layan gambar. huhu

Kali ini nak share gambar mase pegi trip ke Punggai. Mase ni tengah buat research untuk Projek under subjek. Nak kena interview orang kmpung, pemilik chalet, visitor, pemilik hotel kat sane. Sambil menyelam minum air sebab ktorang bole hilangkan stress sementara sebab mase tu tgh buat thesis.













ok. dah penat upload gambar banyak2.. nanti 2nd entry aku post gambar lain pulak ye. Gambar ni sume mase aku pergi desaru. nice place. best untuk hilangkan stress ngn bunyi ombak, pastu pemandangan yg sangat cantik. untuk Family gathering pon sesuai. Dah macam promoter tenpat tu plak aku ni. okeh la. adios amigos....


p/s : musykil entry before ni hilang. sampai sekarang terfikir2.. herm...

Friday, May 13, 2011

Hilang??








Apasal post aku yang latest hilang??? Ade problem ke dgn blog ni? aish...

Wednesday, May 11, 2011

Perlukan Kekuatan






Setiap dugaan yang datang ada hikmah disebaliknya, Aku perlukan kekuatan untuk menghadapinya.





Ya Allah bantulah aku, aku mohon kepada mu berikan aku petunjuk dan kekuatan untuk menghadapinya. Amin yarobalalamin =(

Kembali


Assalamualaikum


Hye semua...
dah lame diamkan diri dalam dunia berblog ni, rase macam nak aktif balik since i dah abis study ni ( *cam tak caye plak dah abis study kan) hurm..

Takde ape yang nak di story buat mase ni tengah mencari mood untuk menaip entry yang best walaupun tak best. HAHAHA but i'll try.. ;)

miss them much!