Pages

Wednesday, July 20, 2011

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri.

Assalamualaikum..


Lame giler tak update belog. Nak kate takde mase, ade jugak la tapi nak kate ade mase lak, takde mase sangat nak update. sebenarnya pokok pangkal dalam hati ni, kemalasan yang melampau tahap cipan nak beranak. Dengan kepenatan bekerja, walaupon kerja sangat relaks. bhahaha


Aku nak update belog ni, sebab aku nak share something dgn korang. Bia la orang nak kate aku jahat ke ape, tapi rase macam nak berdendam dgn sorg budak ni. *perangai buruk* Aku takkan berdendam dgn org if org tu tak kacau hidup aku. Nak kate aku berdendam sangat, takde la. Aku maafkan ape yg die buat selama ni kat aku. Same goes with someone yang lukakan hati aku ni sampai terlampau and aku jadi macam org sakit. Takpe, aku maafkan...


Cuma skrang ni, aku dapat tau si budak pempuan ni, jenis suka menipu rupanya. walaweh, patot la start aku chat dgn die, cara die pon aku dapat agak. macam org tak betul and byk ape yg die ckap xrelevan @ dgn kata lain tak leh trime dek akal. Aku tak nak la cerita ape yg die kat aku. Cuma aku nak share pasal die tipu study kat Universiti kat overseas. Mula- mula aku ni pon bodo la jugak, percaya bulat-bulat dgn apa yg budak tu cakap. Allah maha kuasa, ade sorang hamba Allah ni bgtau aku yg die ni menipu rupenye. Konon study kat University Of Warwick *aku saje mention University ni, sbb aku tau bdak pmpuan ni akan baca belog aku*

Mula-mula aku caya die study kat overseas, tapi aku musykil sebab die cakap umur baru 18. camne leh further study kat University luar terus. setahu aku, if nak further study kat luar kena amek foundation @ A level dulu 1tahun @ 2 tahun dekat ipta @ ipts bru boleh further study kat overseas. * kalau aku ade silap, tolong betulkan ye*

Tapi budak ni, die cakap abis spm, terus dapat further study kat luar. Takde amek foundation @ A level. gune result percubaan je. Adoyaii, adik manis.. jangan la jadi penipu sangat. Bak pepatah melayu berkata Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri.



*to budak pempuan tu: adik, akak ni lagi lame makan garam dari adik. Bukan bodoh senang2 adik nak kencing akak. dgn orang lain adik bole la nak kencing sampai hancing, tapi dgn akak, sory la ye dik ui. Buruk bebenor perangai kamu ni. harap muke je cantek. Kesian kat kamu dik. akak tau adk baca belog akak ni.

Wednesday, June 22, 2011

Thursday, June 16, 2011

What's Inside your beg

Entri just suka-suka je cik ika nak buat. Saje nak buat cam retis, yela retis kan selalu kena selongkar beg oleh wartawan, tapi kali ni biar cik ika sendiri yang selongkar beg cik ika. Tajuk entri ni 'What's Inside Your Bag'. Ni ala-ala macam retis yang kena dengan Melodi tu, tengok apa yang dorang letak dalam beg dorang bile dorang keluar.


Retis-retis pon mcam kite jugak kan, dorang ade life sendiri. So kite pon boleh dikire retis gak la. <==boleh? :D

Kalau untuk mengeluarkan diri dari rumah, untuk hangout ngn kwan2 @ family, benda wajib ade dalam beg cik ika adalah:


1. Perfume


Cik ika ni pengumpul koleksi perfume. Tapi takde la jenis perfume yang memahal cam orang lain. Beli ikut kemampuan sendiri yek. :D memang perfume memang tak bleh ditinggalkan. Wajib ade dalam beg ni. perfume ni semua cik ika beli sendiri, ada jugak yang orang kasi. Perfume yg ade, perfume oil The Body Shop "Cinnamon Spice", Perfume Avon " Butterfly", Perfume Lereve " Celebrity Five" & Designer " Floral Musk".



2. EyeLiner


Cik ika ni memang kena pakat eyeliner, sebabnya mata ni sepet kan. kang tak pasal nampak tak bermaya je. So bile pakai eyeliner tu, hidup sikit mata <== boleh alasan camtu? Cik ika takde la bawak 2-2 sekali kalu keluar. tapi salah satu je la. antara Silky Girl Double Instense Gel Eyeliner atau Subtly strong Dip Liner. Kalau time datang bulan tu, cik ika biasa pakai yang Silky Girl Double Instense Gel Eyeliner sebabnya eyeliner ni jenis waterproof, kang nanti amek wudhu', susah plak nak kena hilangkan.



3. Lipbam @ Lipstick

Ini benda ke-3 yg terpenting perlu ade dalam bag cik ika, lipbam @ lipstick. Cik ika pakai yang barang murah-murah je. ikut kemampuan sebagai student kan, eh ex-student yang tak berkerjaya n ber'uang' :D so beli ikut takat kemampuan sebab gune duit sendiri yang diberi oleh PAMA :DD Lipbam Maybelline "Cherry"& Lipstick In2it "Rossy"


4. Bedak muka.


Bedak muke memang wajib sangat2, even ke mana-mana pon kena bawak. Kalau dulu Cik ika gune bedak compact, sekarang cik ika dah tukar angin, pakai loose powder. Haruslah menempek muke ni sebabnya banyak onak duri ni, ditutup sikit dengan bedak ni. Cik ika suke pakai bedak ni sebabnya muke jadi tak minyak, memang best la pakai. Cik ika pakai loose powder silky girl. tone Natural Light. :D


5. BB Cream


BB cream ni takde la ika selalu pakai, tapi kadang2 benda ni termasuk gak dalam beg if hangout lelama dgn membe. Pakai BB cream ni utk nampak kulit jadi flawless sikit. tapi sekarang takde la pakai sangat sebab malas.hihi



Dalam beg korang ade ape plak?kiki

Ketentuan Allah









Mencintai Seseorang itu adalah hak kita,namun memiliki sseorang yg kita cintai tanpa ikatan rasmi itu bukan hak kita. Jangan takut melepaskan sesuatu yg belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali, andai Allah mnjadikan dia untuk kau miliki, atau Allah akan menggantikan dengan yg jauh lebih baik dari yang sekarang kita cintai, Jangan pernah takut kehilangan ssuatu yg BUKAN menjadi hak kita, jangan kau tangisi apa yg bukan milikmu..





Credit to AkuIslam.com

Monday, June 13, 2011

Sharing

Assalamualaikum.....



Dah lame cik ika nak cari buku ilmiah sikit, yang boleh bagi tenang sikit hati bile baca. tapi selalu tak berkesempatan nak pergi beli. Yela, kat rumah ni nak keluar pergi bandar malas sikit, cik ika duk kat rumah ni macam Puteri Lilin, sebabnya jarang sangat keluar rumah. Kalau keluar pon pergi belajar kereta (sbb skrg ni tgh wat lesen kereta), takpo keluar dgn kawan dimalam hari and kluar makan dgn family. tu malam jelah keluar.


Hari ni cik ika pergi teman mak jumpe adik. Adik cik ika yang ke-4 duk hostel sebabnya die sekarang amek kelas hafazan. So die kena duk hostel lah, tadi pergi jumpe die kat TTC, kat situ la Pesta Buku. Alang-alang sekali cik ika join pergi sebab nak cari buku jugakkan.


Pergi sana, yang ramainya budak-budak sekolah je. Cik ika lupe plak nak snap gambar kat situ, alahai.. rugi betul sebabnya tadi cik ika singgah 1 booth ni, die tunjuk replika Al-quran yang asal berada dekat Turki. Memang lawa dan harga die kurang seringgit dr RM18,000. Agak-agak korang berapa harga die? ce teka ce teka :) Al-quran tu dah ade pembeli die, korang nak tau sape? Sultan Terengganu a.k.a Agung Sultan Mizan Zainal Abidin. ffuuhh...Hanya 2000buah je yang dicetak


Selain dari Al-quran tu, ade lagi Al-quran lain.. Al-Quran kat situ semuanya ditulis guna tangan, bukan dicetak. Memang betul-betul menjaga nilai keaslian Al-quran tu. Salah satu Al-quran kat situ berharga RM40k & RM50k. ffuuhhh.. Orang booth tu siap tanya cik ika, nak beli ke nak buat hantaran kahwin.. Cik ika hanya mampu sengih je la. kikiki


Tak ronda banyak sangat, sebab pergi dah nak dekat tengari, jadinya singgah sikit-sikit je. Nanti datang lagi. Dalam jalan-jalan tu cik ika ade beli 3 buah buku. Sebenarnya banyak nak beli. Rambang mata tengok, tapi duit tak mengizinkan. Almaklumlah, tak kerja lagi. tehee





1. Ubat Hati


Ni buku 1st yang cik ika tengok dan terus nak beli. Baru je belek and tengok. tak sempat nak baca lagi. tapi dari pandangan cik ika, buku ni nampak best. :)



2. La Tahzan (Jangan Bersedih)


Buku ni sangat famous dan memang best seller. Dah lama sebenarnya buku ni kat dalam pasaran, tapi cik ika tak berkesempatan lagi nak baca. Dulu die jual dalam bentuk tebal dan besar, sekarang ni dah ade dalam bentuk kecik dan senang nak bawak kat mana. Untuk koleksi kecik ni, die ade 3 siri. Cik ika beli yang 1st dulu, nanti dah abis baca, baru sambung beli yang lain. :)


3. Kuih Melayu


Buku ni lain sikit dari yang lain, cik ika beli sebabnya nak belajar buat kuih2 ni. yela, bak kata omputih, Practice Make Perfect. So kena la practice mulai sekarang, belajar masak, kemas rumah & macam-macam la. Kalau nak try rasa masakan cik ika, mai ler singgah rumah.kiki


Nanti next entry, cik ika buat review pasal buku yang cik ika beli ni. Sekarang tak sempat nak baca lagi. Korang mesti ade buku yang best kan, Jom la share dgn cik ika, mane tau leh cik ika tumpang sekaki tambah ilmu. Sharing is Caring :)

Pelamin Anganku

Assalamualaikum...






Tajuk entry memang tak bole nak bla kan. Pelamin Anganku, tapi tak musnah lagi.. baru je nak bermula. bhahaha Lately selalu duk sibuk tengok member kahwin, dapat anak. Terasa plak kejelesan yang melampau bile masing-masing dah ade life sendiri. Sampai terpikir, bile plak turn aku nak jadi mcam tu.kikiki

Cik ika suke yg ni.tak berat sangat and simple. :)




yang ni pon cantek :D


Tapi takpe lah, rezeki masing-masing.. Allah dah tetapkan dah jodoh kite bile, so kite sebagai manusia ni hanya boleh berusaha, berdoa dan bertawakal je, Yang lain berserah kepada Allah swt.


Nak buat entry ni sebenarnya nak share pelamin yang indah-indah. cewahh.. tiba-tiba tadi ternampak ade 1 facebook yang buat khidmat untuk perkahwinan and bile tengok die punye pelamin memang cantik-cantik dan murah. kalau korang nak usha, mane tau ade yang nak bertunang @ kahwin dalam mase terdekat ni, leh usha kat facebook Impian Qaseh Pengantin. Kedai ni dekat area terengganu, kalau luar terengganu yang nak gunekan khidmat dorang, bole tanya dorang sendiri. :)


Banyak sangat pelamin yang cantik. Memang rambang mata kalau nak pilih. Pelamin kat bawah ni sesuai untuk majlis bertunang @ wat majlis sambut menantu. Memang cantik sume ni. geram je tengok. tehee

sweetnyee

ni cantek


simple but cantek!!



p/s: korang tengok yang mane lawa? tehee


credit to Impian Qaseh Pengantin :)

Sunday, June 12, 2011

The winner is..............

Assalamualaikum.....


Terengganu Juara!!

Sangat puas hati dapat tengok bola sepak semalam, even tak dapat tengok kat stadium Bukit Jalil tu, tengok kat rumah pon dah macam tengok kat stadium. Mak, ayah, adik-adik join sekali tengok. Sekali gol menjerit, melompat kalah orang main kat sane.hihi




Mase awal game tu mase pertama, pemain terengganu memang main dengan best gile, tengok dorang main rase macam tengok game luar negara je. Cara main memang best giler, tapi awal nasib menyebelahi Kelantan bile dorang berjaya sumbat gol yang pertama. Memang kecewa giler mase tengok tu. sebab masa pon dah nak abiskan... Rase macam nak redha je...


Tapi rezeki dipihak terengganu bila pemain bola sepak kelantan menyumbat bola ke gawang sendiri, jadi menjadi rezeki Terengganu untuk menyamakan jaringan gol. Memang saat yang terakhir. Rezeki namenye.. Terime Kasih Daudsu sebab beri peluang kpd Terengganu.



79 – Nurul Azwan Roya menjaringkan gol pendahuluan melalui hantaran Shakir Ashaari sebelum membuat sepakan lambung menewaskan penjaga gol Terenganu, Sharbinee Alawee.

98 – Gerakan Abdul Manaf Mamat menyamakan kedudukan dengan gerakan cantik selepas lantunan bola tertanduk oleh Daudsu Jamaluddin.

109 – Tandukan Reeshafiq Alwi dan disudahkan oleh Nordin Alias untuk meletakkan Terengganu di hadapan 2-1.


(klik kat gambar ni untuk page Ashaari Shamsuddin)

Tapi cik ika dah mark player yang cik ika suke.hihi so hensem... Nama die Ashaari Shamsuddin. Dia sangat2 la hensem. aish... Cik ika terminat plak kat die. Ni cik ika ade letak beberapa gambar. credit to Dunia Sukan Online. Banyak info pasal game semalam ade kat dalam website tu. so korang boleh jenguk lah website tu ye.. :)




TERENGGANU NELANG

PETEH GANU PETEH

Saturday, June 11, 2011

Peteh Terengganu Peteh

Assalamualaikum....



Malam ni merupakan malam penentu bagi Bola sepak Piala FA Akhir di antara Terengganu v. Kelantan yang bermula pada pukul 8.45 malam ni. Semoga tuah kali ni berpihak kepada Terengganu.




Cik Ika malam ni nak tengok dengan family kat rumah je, sebabnya tak dapat nak join adik pegi Bukit Jalil untuk tengok perlawanan tu. Frust jugak, tapi takpe la. Tak elok sangat sebab mesti bersesak-sesak dengan org ramai. Yela, orang yang pegi tengok bola bukan sorang dua, tapi berpuluh-puluh ribu orang. Tak dapat nak bayangkan camne orang ramai-ramai kat sana. Cik Ika ni dah la jenis tak suke bile pergi tempat yang crowded dengan orang. poning palo eden.huhu


Meh cik ika nak terangkan sikit tentang Piala FA ni. Piala FA merupakan satu pertandingan bola sepak kalah mati yang dipertandingkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. 14 pasukan negeri, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan beberapa kelab bola sepak yang menyertai pertandingan ni. Piala FA ni bermula dari tahun 1990 hingga sekarang, bermakna sudah 21tahun. Sama umur dgn adik cik ika, angah.


Cik ika harap sangat pertandingan malam ni habis dalam keadaan yang baek-baek. Takde gadoh, bertumbuk ke, lempar-lempar mercun ke ape. Kite kena tunjuk kite ni yang terbaek. Contohi lah penyokong luar negara dimana dorang jadi penyokong secara sehat. Kalau nak lebih paham, jom layan video nih :)

credit to matluthfi :)


Malam ni Terengganu menang. 3-0. amacam? HAHA

Wednesday, June 8, 2011

Sumpah Bunian

Assalamualaikum...


Sekarang ika duk melayan cerite melayu kat TV9, ala yang pelakon die Nora Danish dengan Rizal Jaafar tu. Nora Danish dalam cite ni sangat2 cantek dan comel. memang sesuai muka die bile bertudung. sumpah cute! Pastu gandingan dengan Rizal yang hensem tu. oh! i like. Sebab die tinggi. wuuu.. mane-mane lelaki yang tinggi bole amek borang ye kat umah ika. bhaha


Cerite ni sebenarnya dah lame main and dah habis pon, tapi biasa la ika ni, selalu ketinggalan cerite latest. Cerite Nora Elena pon tak terlayan lagi padahal sekarang tengah hot dgn cerite tu. Bukan malas nak layan, cuma kalu dah layan susah nak tinggal, so tunggu abis, bole tengok dekat tonton.com. Dalam 1hari je bole abis.tehee..


Cerite ni mengisahkan seorang puteri bunian yang tertarik dengan seorang manusia. Puteri Bunian yang bernama Hawa (Nora Danish) dan Adam (Rizal jaafar). Hawa ni dah lama berkenan dengan Adam, sejak dari kecil lagi. So nak dipendekkan cerite, dorang kahwin sebab Hawa menjadi manusia. Cerite macam agak tak logik kan, tapi bole la layan sebab Nora Danish dalam cerite ni sweet sangat. Adam tu pon hensem.kiki


Tapi ade yang tak bestnye, adik ika cakap ending tak best, aishh.. Ika ni memang tak suke kalu ending tak best. Mesti sedih je nanti. Ika ni ade 1 perangai buruk kalu time tengok cite, dimana ikamesti akan asyek tanye ape jadi lepas ni cite ni, pastu jadi ape. mulut mesti nak tanye sampaikan exrumate ika cakap, "ko tengok sendiri la, malas akak nak layan" haha so sape2 yang nak tengok cerite dengan ika kena sabar ye.kiki


sumpah cantek =_=




p/s: nak cantek cam Nora Danish, bole tak?

Monday, June 6, 2011

Istikarah Cinta

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS Ar-Rum [30]:21)



Dari ayat tersebut telah jelas bahawa manusia diciptakan Allah dengan pasangannya. Jadi jangan merasa berkecil hati jika saat ini masih ada yang belum menemui jodohnya atau telah bertemu jodoh dan Allah berkehendak lain dengan jodoh tersebut

Urusan jodoh memang seringkali dikaitkan dengan “rahsia Tuhan” yang mengejutkan. Seseorang yang berparas menarik dan memiliki sekian kelebihan, tetapi tidak menemui pasangan. Sementara seseorang yang dipandang biasa-biasa saja lebih cepat berkahwin. Jodoh memang sudah ditentukannya tetapi bukan bererti kita cuma berdiam diri tanpa adanya usaha.



“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Menemukan pasangan menuntut sejumlah usaha aktif yang komprehensif. Usaha-usaha positif dalam menemukan pasangan dapat disebut sebagai “menjemput jodoh”. Bagi orang yang beriman, berdoa adalah puncak segala usaha. Bahkan Islam menyebut doa sebagai silah al-mu’min (senjata mu’min).

Dalam mengenali pasangan, manusia tetap dibatasi kemampuannya untuk melihat pada aspek-aspek fizikal jasmani dan hal-hal yang nampak dimata. Sementara aspek batin yang tersembunyi tetaplah milik Allah. Solat Istikarah merupakan upaya untuk memohon kepada Tuhan dalam membantu memilih calon pasangan. Jangan terburu-buru untuk menolah atau menerima sebelum upaya berdoa ini dilakukan agar tidak salah pilih.

Begitu dahsyatnya keajaiban solat istikarah dalam memantapkan hati dalam menentukan pilihan, Bahawasanya orang yang telah melaksanakan solat istikarah hendaklah melaksanakan apa yang telah diazamkannya, baik hatinya menjadi terbuka maupun tidak .

Bermunajat pada Allah dalam sepertiga malamnya memohon diberikan pilihan terbaik dalam hidupnya sebuah petunjuk dalam memantapkan hati mengenai jodoh yang menjadi misteriNYA.



Diatas Sajadah malam ini aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam,

meraba rahsia Mu Ya Allah atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku

istikarah mencari jawapan untuk menggapai alhub fillah wa lillah

dalam doa ku bersimpuh pasrah

memohon datangnya jawapan kepada Sang Pemberi hidayah

bila jawapan itu masih menggantung di langit

maka turunkanlah

bila jawapan itu masih terpendam di perut bumi

maka keluarkanlah

bila jawapan itu sulit ku raih

maka mudahkanlah

bila jawapan itu masih jauh

maka dekatkanlah


Duhai kekasih sejati, Engkau Maha cahaya, Engkau Cahaya di atas Cahaya.

Dalam kerinduan mendalam, dalam tatih meniti Pintu Cahaya,

Aku di sini, bersimpuh untuk menjemput CINTA,

Cinta Seseorang Yang telah kau pilihkan semoga kan abadi di dunia dan Akhirat


“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu Ya Allah, terbaik buat agamaku Ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat Ya Allah, maka aku memohon kepadaMu YaAllah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu Ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu Ya Allah, pasti terbaik buat diriku Ya Allah.

Namun Ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba YaAllah, maka Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, Ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku Ya Allah. Amin


Jadi, bagi yang belum bertemu jodoh, bersikap optimislah, temui serta jemputlah calon jodoh anda dengan ikhtiar yang maksimum. Yakinlah bahawa Allah telah menentukan segala sesuatu berpasang-pasangan. Mudah-mudahan Allah membimbing usaha anda untuk sampai kepada jodoh yang ditakdirkan. Amin.

Jangan menyerah kegagalan yang pernah terjadi dalam menjemput jodoh bukan bererti kegagalan selamanya.

Satu prinsip yang kan selalu melekat dihati ” La Tahzan Innalloha Ma’ana”

Senyum terindah untuk jodoh yang Allah telah persiapkan



Sunday, June 5, 2011

After 11years

Assalamualaikum....


hye!!



Rase macam tak caye dah tinggalkan sekolah rendah selama 11tahun dan akhirnya selepas 11 tahun, dapat jugak buat satu gathering kecil-kecilan. Gathering ni dibuat antara geng-geng aku yang paling rapat mase primary school.


Dah macam-macam rancang nak buat, plan tarikh asyik tak jadi je sebabnya masalah transport dan masa. Yela, ade yang study luar dari ganu before ni, ade yang dah kerja. Gathering kali ni pon nyaris-nyaris tak jadi sebabnya tibe-tibe ade misunderstanding. Sebabnya si Nini comel silap mesej dekat husna lain. Lawak je. Nyaris-nyaris ingat tak jadi.


Oh, lupe nak kenalkan geng-geng aku. Nama dorang hidayah, husna and nini. Ktorang memang rapat since sekolah rendah. Geng-geng gosip, admire orang and macam-macam lah.kiki Bile dah jumpe ni, macam-macam la kluar cite zaman tok kaduk dulu. Bile diingati, memang lawak. aihh.. kenangan terindah ...


Ktorang lepak-lepak dekat pantai batu buruk sebabnya dah tak tau nak lepak mana. Yela, Terengganu ni bukan ade shopping mall yang best nak lepak-lepak. Yang ade pon Giant and Mydin yang sesak dengan orang yang duk shopping.


Dengan berbaju kurung, sebab baru balik dari kenduri.. Berjalan-jalan kat pantai, snap gambar sekeping dua (tipu la ) and dengan takde keje, ade kete kuda, ktorang pon plan nak naik, bayar RM5 sorang, kire ok la kan. tapi tak best sebab jalan tempat yang sama. pemandangan pon tak bape nak best. aishh...


Bergosip macam-macam, pasal cintan cintun, kahwin (sbb ramai kawan dah kawin) Jeles kot bile tengok kawan-kawan dah kahwin, aishh.. Tapi orang cakap, lek la muda lagi.HAHAHA Bergosip pasal skandal-skandal lama. Lawak je bile ingat. Mase kecik-kecik dulu pon dah pandai nak admire orang. Senior plak tu.Tehee.. Tapi sape name tu, tak boleh cakap r, sekali orang tu baca blog aku ni. Tak pasal. malu eden.kiki


ya! ini mereka. Luv them so much

konon jadi miss world :p


Okeh. nanti nak lepak lagi. rinduuu....



I'm not ignoring you. I'm just waiting to see if you'll make an effort for once

Thursday, June 2, 2011

Tak boleh LARI

Assalamualaikum...


Hidup ni memang tak boleh lari dari masalah. Setiap masa memang kite akan diuji dengan pelbagai dugaan.Kita akan berfikir, merenung, menangis bila terkenang masalah tu. Masalah tu ujian dari Allah bagi nak uji kemampuan kita nak hadapi dan setiap masalah yang Allah jadikan tu ade hikmah disebaliknya.


Ya, memang sekarang ni aku tengah dibelenggu dengan satu masalah sampaikan aku terfikir kenapa aku yang diuji dengan masalah tu. Tapi aku silap, lebih ramai lagi yang Allah uji lagi teruk. Masalah aku ni hanya sekelumit je dari masalah yang maha besar, tapi aku tak dapat nak handle dah. Kalau orang lain yang ade masalah lagi besar, macam mane lah dorang. *berfikir*


Aku still ade lagi mak ayah yang banyak support aku, adik-adik yang banyak ceriakan aku, kawan-kawan yang bagi semangat untuk aku. Tapi aku kadang-kadang jadi lemah semangat. Dengan masalah kali ni yang aku rase memang sangat berat. Aku tak mintak untuk jadi camni, aku sentiasa doakan yang terbaik, tapi ya.. Ade hikmah disebalik kejadian. Aku kena belajar menerima, kena belajar redha, kena belajar pasrah.


Tapi aku masih lagi lemah, dengan dalam keadaan yang aku kadang-kadang terpikir. Tapi aku Mohon pada Allah, kalau itu takdirnye, berikan aku keredhaan, beri aku semangat. insya Allah aku akan cuba.


p/s: Ya Allah, berikan aku ketenangan..

Wednesday, June 1, 2011

1st Day Drive

Assalamualaikum

Hye guys!!


Hari ni 1st day aku belajar drive kereta untuk amali 3jam after dengar teori 3jam. Ya, Aku baru je amek lesen kereta, dah tua baru nak amek lesen kereta. Sebabnya takde mase and kewangan tak mengizinkan untuk aku amek. Tapi sekarang ni nak amek lesen dah mahal. berganda-ganda dari dulu. Tapi yang aku pelik, kat Terengganu ni memang mahal kalu amek lesen, kat tempat lain murah pulak. musykil aku.


Before ni aku pernah la try bawak kereta kak zana aka rumate aku. Tapi time tu kete auto, takyah nak ingat pasal tekan clutch ni, masuk D je dah boleh drive. sonang je. tapi bab nak kawal stereng kereta ni memang susah la aih, dari try bawak pon susah nak kawal. Lambat aku nak pusing stereng tu.


Aku pernah gak bawak kereta manual, time tu pegi site visit untuk thesis aku. Berenti dekat Nusajaya, main pusing-pusing dalam tu. boleh la belajar nak masuk gear, main clutch. Tapi tang parking, aku lupe nak tarik hand break. *gelak3*


at Nusajaya

And tadi time belajar, bole plak aku nak terlanggar dengan lori yang test drive gak kat sane. Mujur la Trainer driving school tu sempat tekan brek, kalau tidak.... Alamak ai, tak pasal terlanggar.hoho Pastu bile kereta dah jadi macam kuda, aku tak tau nak buat apa.mengelabah tiba-tiba*gelak guling*


Esok belajar lagi, harap-harap aku cekap la handle stereng kereta tu. aish.. tangan nak kena kuat ni. Tolong sape yang boleh kasi power sikit kat aku ni.huhu


p/s: esok harap tak jadi kuda dah. bhahaha

Friday, May 27, 2011

Entry Khas

Assalamualaikum

Hye!!


Entry kali ni special sikit sebabnya aku nak buat khas untuk seseorang ni. Semalam die anta chat kat aku mintak aku buatkan entry khas untuk die. Tapi die nak suruh aku puji-puji die. HAHAHA Kire sekali suruh promote die la. haha Budak tu cakap lagi, kalau aku buat entry nih, confirm traffic blog aku akan naik. Wah, belagak besau budak ni. HAHA


Budak ni aku kenal bile ntah, aku pon dah lupe. jangan marah ye..hehe tapi yang pasti budak ni baek dengan aku. Kire die jadi adik angkat aku la sebab aku anggap die ni macam adik aku. Tapi adik yang sangat suke kenakan aku, memang kaw-kaw la die kalu bab kenakan aku ni. Kalah aku dibuatnya. Tapi takpe, die baek dengan aku. tehee


Bile aku ade masalah, die lah tempat share cerite. Aku selalu share masalah dgn budak ni. Even kadang-kadang takde la selesaikan masalah aku tapi at least dapat kurangkan masalah tu sebabnya die ni suke buat lawak SENGAL die tu. Suke nak mencari pasal dengan aku. Memang ade je lah yang nak gado-gado ngn aku. Tapi aku xkesa, sebab aku happy macam tu.


Lagi satu budak ni, mulut die mak aihh memang laju bab nak kutuk-kutuk aku. Pedas siot bab kutuk aku. Tapi kutuk-kutuk die pon, aku tak kesah sebab aku tau die gurau. Die nak puji aku sebenarnya, tapi die malu and sogan. betul idak budak?? HAHA baek kau mengaku. kankan ;p


Walau die kutuk aku, suke kenakan aku, suke buat lawak bengong, tapi aku sayang die lah. hehehe Wah! ikhlas ni weh aku cakap kat kau. Kalau kau tak caye jugak, memang aku buat entry kutuk-kutuk kau pulak lepas ni. HAHA ugut nih!


Budak ni nama nya SYED NIZAM. name penuh la kot. Aku pon tak pasti. HAHA Nanti kalau budak ni ade bace entry ni, kau jangan gelak lebih-lebih plak. aku siku-siku kau nanti. HAHA


p/s: tengok traffic blog aku naik tak bile wat entry pasal kau ni. haha