Pages

Friday, May 27, 2011

Sayunya...


Assalamualaikum....

Hye...


Sayu, sedih, sebak and macam2 lagi perasaan bile tengok gambar ni. Rase macam mulianya dorang ni. Mati syahid kah dorang ni? Hanya Allah yang dapat tentukannya, moga roh-roh mereka ditempatkan dengan golongan yang dirahmati Allah.

( sejuk mata memandang tengok kesemua ni. yang paling kecik tu comel sgt) T_T

Muda-muda lagi dah sampai ajal mereka, walhal sebenarnya ajal maut semua di tangan Allah. Bila-bila masa je Dia boleh tarik semua nikmat yang kita gunakan selama ini. Kita hidup pon hanya sementara, semua harta sekarang ni hanya pinjaman semata-mata. Jika Allah nak tarik, bila-bila je Dia boleh tarik

.


Dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.30 petang semalam, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah.

Enam belas terkorban dalam tragedi itu manakala sembilan lagi yang turut terperangkap dalam runtuhan selamat. Semua mayat mangsa dihantar ke HKL untuk bedah siasat dan selesai dituntut ahli keluarga pada jam 12.05 tengah hari semalam.

[Berita Harian online; 23/5/2011]


Ya, anak-anak ni meninggal disebabkan oleh kes tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat dimana dia mengorbankan 16 nyawa. Sebenarnya boleh dikatakan banyak kejadian tanah runtuh yang berlaku kat area ctu. Kalau tak silap aku lah. Kebanyakan pembinaan dalam negara kita ni boleh dikatakan projek on the spot.


Sebabnya apa? sebab dapat projek, terus boleh start pembinaan. Takde nak buat kajian kawasan tu dulu samaada layak ke utk buat projek. Apa yang aku belajar la, sesuatu projek perlu dilakukan satu proses kajian iaitu kajian kemungkinan dimana dapat meramalkan ape yang akan berlaku jika sesuatu pembinaan itu dilakukan. Kalau tak silap aku jugak la, ape yang aku belajar dulu dengan 1 subjek EIA dimana akan disediakan satu report EIA untuk sesebuah projek.


Penilaian Kesan Alam Sekitar atau lebih dikenali sebagai “Environmental Impact Assessment” (EIA) merupakan satu kajian yang digunakan untuk mengimbangi faktor-faktor alam sekitar dengan sesuatu projek pembangunan yang baru dirancang.

So, kajian ni amat penting, sebab jika tidak keadaan macam ni akan berlaku lagi. Nak nak lagi projek yang berdekatan dengan bukit. takottt... =_="


p/s: ketelusan dari semua amat diperlukan.