Pages

Wednesday, July 20, 2011

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri.

Assalamualaikum..


Lame giler tak update belog. Nak kate takde mase, ade jugak la tapi nak kate ade mase lak, takde mase sangat nak update. sebenarnya pokok pangkal dalam hati ni, kemalasan yang melampau tahap cipan nak beranak. Dengan kepenatan bekerja, walaupon kerja sangat relaks. bhahaha


Aku nak update belog ni, sebab aku nak share something dgn korang. Bia la orang nak kate aku jahat ke ape, tapi rase macam nak berdendam dgn sorg budak ni. *perangai buruk* Aku takkan berdendam dgn org if org tu tak kacau hidup aku. Nak kate aku berdendam sangat, takde la. Aku maafkan ape yg die buat selama ni kat aku. Same goes with someone yang lukakan hati aku ni sampai terlampau and aku jadi macam org sakit. Takpe, aku maafkan...


Cuma skrang ni, aku dapat tau si budak pempuan ni, jenis suka menipu rupanya. walaweh, patot la start aku chat dgn die, cara die pon aku dapat agak. macam org tak betul and byk ape yg die ckap xrelevan @ dgn kata lain tak leh trime dek akal. Aku tak nak la cerita ape yg die kat aku. Cuma aku nak share pasal die tipu study kat Universiti kat overseas. Mula- mula aku ni pon bodo la jugak, percaya bulat-bulat dgn apa yg budak tu cakap. Allah maha kuasa, ade sorang hamba Allah ni bgtau aku yg die ni menipu rupenye. Konon study kat University Of Warwick *aku saje mention University ni, sbb aku tau bdak pmpuan ni akan baca belog aku*

Mula-mula aku caya die study kat overseas, tapi aku musykil sebab die cakap umur baru 18. camne leh further study kat University luar terus. setahu aku, if nak further study kat luar kena amek foundation @ A level dulu 1tahun @ 2 tahun dekat ipta @ ipts bru boleh further study kat overseas. * kalau aku ade silap, tolong betulkan ye*

Tapi budak ni, die cakap abis spm, terus dapat further study kat luar. Takde amek foundation @ A level. gune result percubaan je. Adoyaii, adik manis.. jangan la jadi penipu sangat. Bak pepatah melayu berkata Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri.



*to budak pempuan tu: adik, akak ni lagi lame makan garam dari adik. Bukan bodoh senang2 adik nak kencing akak. dgn orang lain adik bole la nak kencing sampai hancing, tapi dgn akak, sory la ye dik ui. Buruk bebenor perangai kamu ni. harap muke je cantek. Kesian kat kamu dik. akak tau adk baca belog akak ni.

Wednesday, June 22, 2011

Thursday, June 16, 2011

What's Inside your beg

Entri just suka-suka je cik ika nak buat. Saje nak buat cam retis, yela retis kan selalu kena selongkar beg oleh wartawan, tapi kali ni biar cik ika sendiri yang selongkar beg cik ika. Tajuk entri ni 'What's Inside Your Bag'. Ni ala-ala macam retis yang kena dengan Melodi tu, tengok apa yang dorang letak dalam beg dorang bile dorang keluar.


Retis-retis pon mcam kite jugak kan, dorang ade life sendiri. So kite pon boleh dikire retis gak la. <==boleh? :D

Kalau untuk mengeluarkan diri dari rumah, untuk hangout ngn kwan2 @ family, benda wajib ade dalam beg cik ika adalah:


1. Perfume


Cik ika ni pengumpul koleksi perfume. Tapi takde la jenis perfume yang memahal cam orang lain. Beli ikut kemampuan sendiri yek. :D memang perfume memang tak bleh ditinggalkan. Wajib ade dalam beg ni. perfume ni semua cik ika beli sendiri, ada jugak yang orang kasi. Perfume yg ade, perfume oil The Body Shop "Cinnamon Spice", Perfume Avon " Butterfly", Perfume Lereve " Celebrity Five" & Designer " Floral Musk".



2. EyeLiner


Cik ika ni memang kena pakat eyeliner, sebabnya mata ni sepet kan. kang tak pasal nampak tak bermaya je. So bile pakai eyeliner tu, hidup sikit mata <== boleh alasan camtu? Cik ika takde la bawak 2-2 sekali kalu keluar. tapi salah satu je la. antara Silky Girl Double Instense Gel Eyeliner atau Subtly strong Dip Liner. Kalau time datang bulan tu, cik ika biasa pakai yang Silky Girl Double Instense Gel Eyeliner sebabnya eyeliner ni jenis waterproof, kang nanti amek wudhu', susah plak nak kena hilangkan.



3. Lipbam @ Lipstick

Ini benda ke-3 yg terpenting perlu ade dalam bag cik ika, lipbam @ lipstick. Cik ika pakai yang barang murah-murah je. ikut kemampuan sebagai student kan, eh ex-student yang tak berkerjaya n ber'uang' :D so beli ikut takat kemampuan sebab gune duit sendiri yang diberi oleh PAMA :DD Lipbam Maybelline "Cherry"& Lipstick In2it "Rossy"


4. Bedak muka.


Bedak muke memang wajib sangat2, even ke mana-mana pon kena bawak. Kalau dulu Cik ika gune bedak compact, sekarang cik ika dah tukar angin, pakai loose powder. Haruslah menempek muke ni sebabnya banyak onak duri ni, ditutup sikit dengan bedak ni. Cik ika suke pakai bedak ni sebabnya muke jadi tak minyak, memang best la pakai. Cik ika pakai loose powder silky girl. tone Natural Light. :D


5. BB Cream


BB cream ni takde la ika selalu pakai, tapi kadang2 benda ni termasuk gak dalam beg if hangout lelama dgn membe. Pakai BB cream ni utk nampak kulit jadi flawless sikit. tapi sekarang takde la pakai sangat sebab malas.hihi



Dalam beg korang ade ape plak?kiki

Ketentuan Allah









Mencintai Seseorang itu adalah hak kita,namun memiliki sseorang yg kita cintai tanpa ikatan rasmi itu bukan hak kita. Jangan takut melepaskan sesuatu yg belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali, andai Allah mnjadikan dia untuk kau miliki, atau Allah akan menggantikan dengan yg jauh lebih baik dari yang sekarang kita cintai, Jangan pernah takut kehilangan ssuatu yg BUKAN menjadi hak kita, jangan kau tangisi apa yg bukan milikmu..





Credit to AkuIslam.com

Monday, June 13, 2011

Sharing

Assalamualaikum.....



Dah lame cik ika nak cari buku ilmiah sikit, yang boleh bagi tenang sikit hati bile baca. tapi selalu tak berkesempatan nak pergi beli. Yela, kat rumah ni nak keluar pergi bandar malas sikit, cik ika duk kat rumah ni macam Puteri Lilin, sebabnya jarang sangat keluar rumah. Kalau keluar pon pergi belajar kereta (sbb skrg ni tgh wat lesen kereta), takpo keluar dgn kawan dimalam hari and kluar makan dgn family. tu malam jelah keluar.


Hari ni cik ika pergi teman mak jumpe adik. Adik cik ika yang ke-4 duk hostel sebabnya die sekarang amek kelas hafazan. So die kena duk hostel lah, tadi pergi jumpe die kat TTC, kat situ la Pesta Buku. Alang-alang sekali cik ika join pergi sebab nak cari buku jugakkan.


Pergi sana, yang ramainya budak-budak sekolah je. Cik ika lupe plak nak snap gambar kat situ, alahai.. rugi betul sebabnya tadi cik ika singgah 1 booth ni, die tunjuk replika Al-quran yang asal berada dekat Turki. Memang lawa dan harga die kurang seringgit dr RM18,000. Agak-agak korang berapa harga die? ce teka ce teka :) Al-quran tu dah ade pembeli die, korang nak tau sape? Sultan Terengganu a.k.a Agung Sultan Mizan Zainal Abidin. ffuuhh...Hanya 2000buah je yang dicetak


Selain dari Al-quran tu, ade lagi Al-quran lain.. Al-Quran kat situ semuanya ditulis guna tangan, bukan dicetak. Memang betul-betul menjaga nilai keaslian Al-quran tu. Salah satu Al-quran kat situ berharga RM40k & RM50k. ffuuhhh.. Orang booth tu siap tanya cik ika, nak beli ke nak buat hantaran kahwin.. Cik ika hanya mampu sengih je la. kikiki


Tak ronda banyak sangat, sebab pergi dah nak dekat tengari, jadinya singgah sikit-sikit je. Nanti datang lagi. Dalam jalan-jalan tu cik ika ade beli 3 buah buku. Sebenarnya banyak nak beli. Rambang mata tengok, tapi duit tak mengizinkan. Almaklumlah, tak kerja lagi. tehee





1. Ubat Hati


Ni buku 1st yang cik ika tengok dan terus nak beli. Baru je belek and tengok. tak sempat nak baca lagi. tapi dari pandangan cik ika, buku ni nampak best. :)



2. La Tahzan (Jangan Bersedih)


Buku ni sangat famous dan memang best seller. Dah lama sebenarnya buku ni kat dalam pasaran, tapi cik ika tak berkesempatan lagi nak baca. Dulu die jual dalam bentuk tebal dan besar, sekarang ni dah ade dalam bentuk kecik dan senang nak bawak kat mana. Untuk koleksi kecik ni, die ade 3 siri. Cik ika beli yang 1st dulu, nanti dah abis baca, baru sambung beli yang lain. :)


3. Kuih Melayu


Buku ni lain sikit dari yang lain, cik ika beli sebabnya nak belajar buat kuih2 ni. yela, bak kata omputih, Practice Make Perfect. So kena la practice mulai sekarang, belajar masak, kemas rumah & macam-macam la. Kalau nak try rasa masakan cik ika, mai ler singgah rumah.kiki


Nanti next entry, cik ika buat review pasal buku yang cik ika beli ni. Sekarang tak sempat nak baca lagi. Korang mesti ade buku yang best kan, Jom la share dgn cik ika, mane tau leh cik ika tumpang sekaki tambah ilmu. Sharing is Caring :)

Pelamin Anganku

Assalamualaikum...






Tajuk entry memang tak bole nak bla kan. Pelamin Anganku, tapi tak musnah lagi.. baru je nak bermula. bhahaha Lately selalu duk sibuk tengok member kahwin, dapat anak. Terasa plak kejelesan yang melampau bile masing-masing dah ade life sendiri. Sampai terpikir, bile plak turn aku nak jadi mcam tu.kikiki

Cik ika suke yg ni.tak berat sangat and simple. :)




yang ni pon cantek :D


Tapi takpe lah, rezeki masing-masing.. Allah dah tetapkan dah jodoh kite bile, so kite sebagai manusia ni hanya boleh berusaha, berdoa dan bertawakal je, Yang lain berserah kepada Allah swt.


Nak buat entry ni sebenarnya nak share pelamin yang indah-indah. cewahh.. tiba-tiba tadi ternampak ade 1 facebook yang buat khidmat untuk perkahwinan and bile tengok die punye pelamin memang cantik-cantik dan murah. kalau korang nak usha, mane tau ade yang nak bertunang @ kahwin dalam mase terdekat ni, leh usha kat facebook Impian Qaseh Pengantin. Kedai ni dekat area terengganu, kalau luar terengganu yang nak gunekan khidmat dorang, bole tanya dorang sendiri. :)


Banyak sangat pelamin yang cantik. Memang rambang mata kalau nak pilih. Pelamin kat bawah ni sesuai untuk majlis bertunang @ wat majlis sambut menantu. Memang cantik sume ni. geram je tengok. tehee

sweetnyee

ni cantek


simple but cantek!!



p/s: korang tengok yang mane lawa? tehee


credit to Impian Qaseh Pengantin :)

Sunday, June 12, 2011

The winner is..............

Assalamualaikum.....


Terengganu Juara!!

Sangat puas hati dapat tengok bola sepak semalam, even tak dapat tengok kat stadium Bukit Jalil tu, tengok kat rumah pon dah macam tengok kat stadium. Mak, ayah, adik-adik join sekali tengok. Sekali gol menjerit, melompat kalah orang main kat sane.hihi




Mase awal game tu mase pertama, pemain terengganu memang main dengan best gile, tengok dorang main rase macam tengok game luar negara je. Cara main memang best giler, tapi awal nasib menyebelahi Kelantan bile dorang berjaya sumbat gol yang pertama. Memang kecewa giler mase tengok tu. sebab masa pon dah nak abiskan... Rase macam nak redha je...


Tapi rezeki dipihak terengganu bila pemain bola sepak kelantan menyumbat bola ke gawang sendiri, jadi menjadi rezeki Terengganu untuk menyamakan jaringan gol. Memang saat yang terakhir. Rezeki namenye.. Terime Kasih Daudsu sebab beri peluang kpd Terengganu.



79 – Nurul Azwan Roya menjaringkan gol pendahuluan melalui hantaran Shakir Ashaari sebelum membuat sepakan lambung menewaskan penjaga gol Terenganu, Sharbinee Alawee.

98 – Gerakan Abdul Manaf Mamat menyamakan kedudukan dengan gerakan cantik selepas lantunan bola tertanduk oleh Daudsu Jamaluddin.

109 – Tandukan Reeshafiq Alwi dan disudahkan oleh Nordin Alias untuk meletakkan Terengganu di hadapan 2-1.


(klik kat gambar ni untuk page Ashaari Shamsuddin)

Tapi cik ika dah mark player yang cik ika suke.hihi so hensem... Nama die Ashaari Shamsuddin. Dia sangat2 la hensem. aish... Cik ika terminat plak kat die. Ni cik ika ade letak beberapa gambar. credit to Dunia Sukan Online. Banyak info pasal game semalam ade kat dalam website tu. so korang boleh jenguk lah website tu ye.. :)




TERENGGANU NELANG

PETEH GANU PETEH